Anda di sini

Golongan B40 digalak sertai PKS

Advertisement
 Para peserta seminar merakamkan gambar kenangan bersama Christina (tengah).
ALBUM KENANGAN: Para peserta seminar merakamkan gambar kenangan bersama Christina (tengah).

KOTA KINABALU: Kerajaan menggalakkan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) terlibat dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menambah pendapatan mereka.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, antara bidang yang boleh diusahakan oleh golongan B40 adalah perniagaan dalam pertanian.

“Kita dapati golongan B40 ini boleh digerakkan melalui PKS terutamanya dalam bidang pertanian.

“Seperti yang kita sedia maklum, Sabah sememangnya kaya dengan sumber alam semula jadi, maka terpulang kepada para peserta untuk merancang dan memulakan langkah bagi menerokai sumber-sumber itu.

“Antara bidang lain yang boleh diterokai adalah dalam bidang pelancongan, kraftangan, makanan, peruncitan, perkebunan, penghasilan sumber laut, perhutanan dan lain-lain,” ujarnya.

Tambahnya, kerajaan melalui pelbagai agensi akan sentiasa memberi bimbingan dan bantuan yang sesuai dengan perusahaan para peserta sebagai usaha meningkatkan pendapatan dan taraf hidup mereka.

Christina berkata demikian pada majlis penutupan Seminar Usaha dan Niaga di Dewan Semarak, Wisma Dang Bandang, kelmarin.  

Seramai 120 orang menyertai seminar itu yang dianjurkan oleh Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Api-Api dengan kerjasama Pejabat Penerangan Bahagian Pantai Barat Sabah (PBS), Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Sabah.

Hadir sama ialah Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan Japen Sabah Patrick Laing Ngau dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kawasan DUN Api-Api Grace Lee.

  • oleh
  • Advertisement