Anda di sini

30 delegasi MSBC lawat Sabah

Advertisement
 Shafie (duduk, tengah) semasa ditemubual media.
SIDANG MEDIA: Shafie (duduk, tengah) semasa ditemubual media.

KOTA KNABALU: Lebih 30 delegasi syarikat pelaburan dari Malaysia-Singapore Business Council (MSBC) mengadakan lawatan perniagaan ke Sabah selama dua hari bermula semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, lawatan tersebut meninjau potensi pelaburan dan kerjasama dengan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) serta usahawan tempatan.

"Saya memberi penekanan mengenai kerjasama dan potensi pelaburan dalam sektor, pelancongan, minyak dan gas, pembinaan serta  pertanian.

"Saya yakin, mereka mempunyai keupayaan dan minat untuk melabur di negeri ini dan kita bersedia untuk melihat dan meninjau dari segi mana-mana pelaburan yang mempunyai potensi untuk kebaikan kedua-dua pihak sama ada kerajaan Sabah dan juga pelabur yang datang.

"Kita juga telah nyatakan dasar-dasar serta sektor yang menjadi keutamaan dan pihak kerajaan negeri bersedia untuk memberi kerjasama sebaik mungkin.

"Kerajaan bukan sahaja berkolobrasi dengan agensi-agensi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan kerajaan pusat tetapi juga dengan negara jiran kerana penting bagi Sabah  untuk pastikan kolobrasi antara Malaysia dengan negara-negara jiran seperti Singapura, Filipina, Thailand, Brunei dan Indonesia yang mempunyai potensi yang cukup besar, "ujarnya selepas menerima kunjungan daripada delegasi berkenaan.

 Para delegasi bergambar kenangan bersama Shafie (dua belas dari kiri). 
ALBUM: Para delegasi bergambar kenangan bersama Shafie (dua belas dari kiri). 

Dalam pertemuan hampir dua jam itu, Shafie turut meminta MSBC untuk mengadakan kajian mendalam mengenai potensi dan impak perniagaan sekiranya Kalimatan menjadi ibu negara Indonesia yang baharu.

Turut hadir pada kunjungan tersebut adalah Pengerusi bersama MSBC (Malaysia); Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani, Pengerusi bersama MSBC (Singapura); Robert Yap dan  Ketua Pegawai Eksekutif, Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA); Datuk Dr Mohd Yaakub Johari.

  • oleh
  • Advertisement