Anda di sini

SKOS: Kontinjen Kuching serlah kehebatan

Advertisement
 Peserta Kursus Pengadil Bola Tampar Dewan Peringkat Kebangsaan 2019 Sarawak bersama Lau (duduk, tengah), Hii (empat kiri), Ting (empat kanan) dan Moh (tiga kanan) di Sibu semalam.
TINGKAT KEMAHIRAN: Peserta Kursus Pengadil Bola Tampar Dewan Peringkat Kebangsaan 2019 Sarawak bersama Lau (duduk, tengah), Hii (empat kiri), Ting (empat kanan) dan Moh (tiga kanan) di Sibu semalam.

MIRI: Persatuan Orang-orang Pekak Sarawak Wilayah Selatan Sarawak (Kuching) muncul sebagai juara Sukan Komuniti Orang Pekak Sarawak (SKOS) kali ke-4 yang berakhir di Kampung Sukan Petronas, malam Sabtu.

Pasukan terbabit membuktikan keunggulan mereka dengan memenangi enam emas daripada sepuluh perlawanan pertandingan SKOS yang berlangsung empat hari di Miri dengan memenangi pertandingan Tenpin Boling, Badminton (perseorangan lelaki), futsal (wanita), karom, catur cina dan catur.

Tempat kedua dimenangi oleh pasukan tuan rumah, Persatuan Orang Pekak Sarawak Wilayah Utara (SADNR) Miri dengan menang dua emas bagi pertandingan memanah dan beregu lelaki badminton.

Manakala Persatuan Orang Pekak Sarawak Wilayah Tengah Sarawak (Sibu) di tempat ketiga dengan menjadi juara pertandingan badminton (perseorangan wanita) sementara Persatuan Orang Kurang Pendengaran Kebangsaan (OKP) Brunei di tempat keempat dengan juara futsal kategori lelaki.

Kemenangan Kuching sekali gus membawa pulang Piala Cabaran Datuk Hii Teck Ying yang baharu diperkenalkan selain menerima piala dan wang tunai.

Piala Cabaran itu disampaikan oleh Hii disaksikan oleh Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Lee Kim Shin.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii, Pengerusi SADNR Miri Mary Law, Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Sarawak (SSDeaf), Albert Wong serta tetamu lain.

Terdahulu, Lee dalam ucapannya memuji penganjuran temasya SKOS dan yakin melalui acara sukan itu mampu mengasah bakat-bakat golongan pekak di samping merapatkan hubungan kalangan mereka.

ADUN Senadin itu turut mengesa lebih banyak aktiviti sukan diadakan untuk golongan pekak dalam usaha mengetengahkan bakat-bakat terpendam sekali gus membangunkan sukan di sini.

“Selain sukan, aktiviti lain seperti kemahiran agar masyarakat terbabit turut menyumbangkan sesuatu kepada pembangunan di Sarawak dan negara,” katanya.

Temasya SKOS disertai oleh 120 peserta dari Kuching, Sibu, Bintulu, Miri dan negara jiran, Brunei Darussalam yang mengambil bahagian acara dwitahunan julung kali diadakan di Miri.

Kuching akan menjadi lokasi seterusnya pada temasya SKOS 2021. SKOS diadakan bagi mencari atlet-atlet berbakat untuk bertanding ke peringkat kebangsaan ke Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA).

  • oleh
  • Advertisement