Anda di sini

Perkataan GPS disertakan pada logo untuk elak kekeliruan- Masing

Advertisement
Masing bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi GPS di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini.
Masing bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi GPS di Ibu Pejabat PBB di sini hari ini.

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mendapatkan kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk meletakkan perkataan GPS di bawah logo sedia ada gabungan tersebut.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Masing berkata penambahan perkataan GPS pada logo sedia ada ini adalah bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengundi. 

“Simbol Kenyalang yang kita guna untuk logo GPS ketika ini adalah tidak cukup kerana ada banyak logo Kenyalang lain. 

“Jadi untuk membezakan GPS dengan Kenyalang yang lain kita memutuskan untuk meletakkan GPS dibawahnya. 

“Ini adalah penting kerana logo ini akan digunakan untuk pilihan raya nanti dan pada kertas undi,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi GPS  di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini hari ini. 

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS. 

GPS merupakan gabungan empat parti iaitu PBB, PRS, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). 

Gabungan ini dilancarkan pada 12 Jun 2018 selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada Mei 2018. 

Dalam pada itu GPS menurut Masing akan mengadakan retreat  pada hujung tahun ini sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadual pada 2021. 

Perbincangan lanjut mengenai retreat tersebut akan diadakan pada September ini sebelum berlangsungnya seperti yang dirancang. 

  • oleh
  • Advertisement