Anda di sini

Pelayan di Paris ditembak sebab lambat sedia sandwic

Advertisement
 Anggota polis melakukan siasatan berkenaan kes tembakan maut terhadap seorang pelayan di luar bangunan restoran tersebut di Paris. — Gambar AFP
KUMPUL DATA: Anggota polis melakukan siasatan berkenaan kes tembakan maut terhadap seorang pelayan di luar bangunan restoran tersebut di Paris. — Gambar AFP

BOBIGNY: Seorang pelanggan menembak mati seorang pelayan lelaki di sebuah kedai makan di pinggiran Paris, kelihatan berang kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan sandwic, seorang sumber rapat dengan siasatan menyatakan kelmarin.

Rakan sekerja pelayan tersebut menghubungi pihak polis selepas beliau ditembak di bahagian bahu dengan sepucuk pistol di subbandar Noisy-le-Grand di timur Paris pada malam Jumaat, menurut sumber.

Beberapa cubaan untuk menyelamatkan lelaki berusia 28 tahun itu gagal dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian.

Penyerang bersenjata, yang menurut seorang saksi sebagai berang “apabila sandwicnya tidak disediakan dengan lebih cepat”, telah melarikan diri dari tempat kejadian.

Pihak polis memberitahu AFP satu siasatan pembunuhan telah dibuka.

Dengan penembak tersebut dalam buangan kelmarin, penduduk yang terkejut berkumpul di luar kedai makan piza dan sandwic tersebut.

“Dia membunuh hanya disebabkan oleh satu sandwic?” tanya seorang daripada mereka, dengan nada kurang percaya.

“Ia adalah menyedihkan,” kata seorang wanita berusia 29 tahun. “Ia adalah sebuah restoran yang sunyi, tanpa sebarang masalah. Ia hanya dibuka beberapa bulan lepas.”

Namun beberapa orang lagi menjelaskan paras jenayah yang tinggi di kawasan tersebut, terutama melibatkan pengedaran dadah dan orang awam yang mabuk. — AFP

Advertisement