Anda di sini

Pejalan kaki maut dilanggar kereta

Advertisement
Mayat mangsa yang terpelanting ke bahu jalan sejurus dirempuh sebuah kereta dalam insiden yang berlaku di kawasan Batu 9, Jalan Bintulu - Miri, malam tadi. Foto ihsan PDRM
Mayat mangsa yang terpelanting ke bahu jalan sejurus dirempuh sebuah kereta dalam insiden yang berlaku di kawasan Batu 9, Jalan Bintulu - Miri, malam Isnin. Foto ihsan PDRM

BINTULU: Seorang pejalan kaki maut setelah dirempuh sebuah kereta ketika sedang menyeberangi jalan di kawasan Batu 9, Jalan Bintulu-Miri, sekitar jam 10.15 malam Isnin.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu, mangsa yang maut serta-merta di lokasi kejadian dikenali sebagai Mawan Sulang, 34, akibat kecederaan teruk pada bahagian kepala dan badan.

Katanya, siasatan awal yang dijalankan mendapati kemalangan berpunca dari kecuaian mangsa yang melintas jalan sebelum dirempuh oleh kereta dipandu seorang wanita berumur 32 tahun itu yang sedang bergerak dari arah Tanjung Kidurong. 

"Siasatan terperinci akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar yang menyebabkan berlakunya insiden meragut nyawa itu," ujarnya. 


Kes itu katanya disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Rumah Mayat Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat. 

  • oleh
  • Advertisement