Anda di sini

Mohamad Sabu bertemu dengan ahli keluarga Lans Koperal Moses Logers

Advertisement
 Mohamad (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada Thony pada pertemuan tersebut.
RINGAN BEBAN: Mohamad (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada Thony pada pertemuan tersebut.

SIBU: Sebelum berlepas ke Sibu untuk menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) di Kem Rascom, Batu 10, semalam Menteri Pertahanan Mohamad Sabu telah bertemu dengan ahli keluarga Lans Koperal Moses Logers iaitu salah seorang anggota yang hilang di Pulau Perak.

Menurut kenyataan kementerian tersebut petang semalam, pertemuan itu berlangsung di Pangkalan Udara Kuching sebelum Mohamad ke Sibu bagi lawatan kerjanya.

Pada pertemuan itu, Mohamad telah menzahirkan rasa simpati beliau kepada keluarga mangsa di atas kehilangan anggota tersebut.

Beliau turut menyatakan pencarian di darat masih lagi diteruskan sementara operasi di lautan akan disambung semula jika ada petunjuk baharu.

Pada pertemuan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga bagi meringankan bebanan mereka.

Keluarga Moses diwakili oleh abangnya Thony Hili Logers serta ahli keluarganya yang lain.

Advertisement