Anda di sini

Lelaki didakwa cetus gangguan komuter di New York

Advertisement
 Gambar pegun yang terakam dari kamera litar tertutup menunjukkan perbuatan Griffin di laluan komuter di New York, AS. — Gambar AFP
INDIVIDU BERBAHAYA: Gambar pegun yang terakam dari kamera litar tertutup menunjukkan perbuatan Griffin di laluan komuter di New York, AS. — Gambar AFP

NEW YORK: Seorang pemuda gelandangan telah didakwa sebagai meletakkan bom palsu, menurut pihak polis kelmarin, selepas tiga periuk nasi kosong mencetuskan gangguan komuter besar-besaran di New York.

Larry K. Griffin II, 26, telah ditangkap oleh Jabatan Polis New York dan didakwa dengan tiga tuduhan meletakkan bom palsu, menurut kepada satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

Beberapa bahagian di bandar telah berada dalam keadaan berjaga-jaga selama dua jam pada pagi Jumaat ketika tiga objek yang mencurigakan ditemui: dua berhampiran Pusat Dagangan Dunia di stesen kereta api bawah tanah Fulton

Street, sementara satu lagi di jauh di utara di daerah Chelsea.

Stesen tersebut segera dikosongkan, perkhidmatan di dua landasan kereta bawah tanah telah ditangguhkan serta kereta api di landasan lain melalui Fulton Street telah melepasi stesen berkenaan.

Kesemua objek yang mencurigakan telah segera ditentukan sebagai periuk nasi kosong, setiap satu dengan model yang sama, menurut pihak polis.

Griffin dilaporkan sebagai seorang bekas penduduk di Bruno, Virginia Barat, menurut media AS.

Pejabat Syerif Logan County di Virginia Barat menyatakan dia memiliki satu sejarah bagi aktiviti jenayah.

Griffin telah ditangkap sekurang-kurangnya tiga kali sepanjang lapan tahun lepas bagi tuduhan memiliki sejenis bahan terkawal melibatkan senjata, dan penggunaan bahan lucah untuk mengumpan seorang budak bawah umur, jelas pejabat tersebut. Dia telah didakwa bagi dua tuduhan tersebut.

Terdapat juga satu waran tangkap yang aktif untuk kegagalan melapor diri, dan kerana terlepas pemeriksaan dadah ketika berada dalam pengawasan bon praperbicaraan, menurut pihak pejabat dalam satu kenyataan Facebook.

Media AS menyatakan motif Griffin masih belum diketahui.

Rakaman kamera pengawasan telah menunjukkan seorang lelaki mengambil keluar dua periuk nasi dari sebuah troli pasar raya dan meletakkan ia di stesen Fulton Street.

Sepupunya, Tara Brumfield, memberitahu stesen berita tempatan WSAZ3 bahawa "Little Larry adalah seorang yang baik. Dia mempunyai beberapa masalah namun dia tidak bertujuan menimbulkan sebarang bahaya atau sebagainya.”

Pada September 2016 sebuah periuk tekanan yang mengandungi sejenis bahan letupan buatan sendiri diletupkan di kawasan kejiranan Chelsea, mencederakan 31 orang dan mencetuskan keadaan panik di sebuah bandar yang tidak berdepan satu serangan sejak 11 September.

Sejak itu, bandar utama kewangan AS telah dilanda dengan dua insiden lain.

Pada Oktober 2017, lelaki Uzbek Sayfullo Saipov menggunakan sebuah trak untuk merempuh beberapa pengayuh basikal dan pejalan kaki di satu laluan berbasikal di Manhattan, mengorbankan lapan orang dan mencederakan 12 orang lagi.

Serta pada Disember 2017, pendatang dari Bangladesh, Akayed Ullah telah meletupkan sebuah bom di sebuah terowong bawah tanah berhampiran Times Square, menyebabkan tiga orang mengalami kecederaan ringan. — AFP

Advertisement