Anda di sini

Jackson ditemui selamat selepas hilang lebih 12 jam 

Advertisement
Jackson ditemukan selamat oleh penduduk kampung yang melakukan pencarian pada pukul 12 tengahari ini.- Foto ihsan JBPM Sarawak
Jackson ditemukan selamat oleh penduduk kampung yang melakukan pencarian pada pukul 12 tengah hari ini.- Foto ihsan JBPM Sarawak

KUCHING: Jackson Jimbat, 18 tahun yang dilaporkan hilang ketika mencari siput bersama bapanya di Sungai Kangka, Simpang Sempadi, Lundu pada Ahad ditemui selamat.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak ketika kejadian mangsa bersama bapanya mencari siput di sungai berkenaan pada pukul 3 petang Ahad.

Bagaimanapun, mangsa yang pada mulanya menunggu di dalam perahu ketika bapanya mencari siput di sebelah kanan sungai yang terletak kira-kira enam meter, naik ke darat untuk mencari siput.

"Setelah selesai mencari siput bapa mangsa kembali ke perahu dan mencari anak beliau sambil memanggil nama anak beliau tetapi tiada jawapan. Dia telah mencari di kawasan sekitar.

"Beliau juga bersama orang kampung mencari di kawasan sekitar pada pukul 7 malam hari sama tetapi gagal menemukan mangsa," jelas kenyataan itu.

Kehilangan Jackson segera dimaklumkan kepada polis dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu dengan kekuatan sembilan anggota diketuai PBKII Ramli Marasan melancarkan operasi mencari mangsa pada pukul 9 pagi hari ini yang turut  menyertai operasi mencari dan menyelamat itu, anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) .

Bagaimanapun Bomba dimaklumkan mangsa berjaya ditemukan oleh penduduk kampung di kolam balak lama pada pukul 12 tengah hari ini dan dalam keadaan selamat.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Sempadi untuk menjalani pemeriksaan lanjut.


 

  • oleh
  • Advertisement