Anda di sini

Hujan lebat bantu kurangkan jerebu di Miri

Advertisement
Sektor dua yang akan diteruskankan pemadamannya hari ini oleh pasukan sukarelawan Naim. 
Sektor dua yang akan diteruskankan pemadamannya hari ini oleh pasukan sukarelawan Naim. 

MIRI: Hujan lebat yang turun malam tadi, sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada penduduk di Miri dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) merekodkan bacaan di bawah 100 pagi ini, dengan kualiti udara di paras sederhana. 

Stesen ILP Miri merekodkan bacaan 96, manakala SK Kuala Baram 2 ialah 75 dan stesen di pusat bandar raya Miri mencatatkan bacaan 59, pada jam 8 pagi tadi. 

Hujan yang turun malam tadi bagaimanapun tidak menghentikan usaha pemadaman api, dengan operasi pemadaman masih diteruskan dengan di tiga sektor tumpuan. 

Sektor tiga yang akan dipadamkan menggunakan kaedah pengeboman air dari udara.
Sektor tiga yang akan dipadamkan menggunakan kaedah pengeboman air dari udara.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Miri, Law Poh Kiong berkata operasi pemadaman menggunakan kaedah pengemboman air, dengan khidmat pesawat Bombadier CL-415, milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), masih diteruskan terutama di sektor tiga yang jauh dari akses pasukan pemadam. 

"Bagi sektor satu, pasukan dari Balai Bomba Lopeng akan melakukan pemadaman di sini. Manakala di sektor dua pula pasukan (syarikat) Naim, yang akan membuat 'flooding' menyeluruh dan 'direct attack' ke arah punca api, di kawasan sini," katanya. 

Manakala bagi pengeboman air pula, penerbangan akan dilakukan dua kali pada hari ini, masing-masingnya pada jam 9.30 pagi ini dan 1.30 petang. 

  • oleh
  • Advertisement