Anda di sini

Anak Nabawan Juara Antara Juara Mr Malaysia 2019

Advertisement
  Juara Antara Juara Mr. Malaysia 2019.
ZMARUL:  Juara Antara Juara Mr. Malaysia 2019.

KOTA KINABALU: Menjulang gelaran Juara Antara Juara edisi ke-50 Mr. Malaysia 2019 di sini Sabtu lalu adalah kejayaan istimewa buat atlet Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berasal dari Nabwan, Sabah, Zmarul Al Adam Pulutan Abdullah.

"Saya bangga kerana dapat terus menaikkan nama PDRM di mana untuk kategori, ia adalah kemenangan ketiga tahun berturut-turut manakala untuk gelaran Juara Antara Juara, ia adalah kali kedua selepas kali pertama di Selangor pada 2017 tetapi ia hanya bahagian 70kg ke bawah.

"Gelaran Juara Antara Juara kali ini lebih istimewa kerana ia adalah gelaran keseluruhan. Ini kali pertama saya menang Juara Antara Juara keseluruhan dan saya melakukannya di negeri sendiri," kata Zmarul ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah.

  Aksi  juara, Shelen (dua kiri) dan finalis lain Marzura (kiri), Lily (dua dari kanan) dan Tan Hwei Ling.
PHYSIQUE CANTIK:  Aksi  juara, Shelen (dua kiri) dan finalis lain Marzura (kiri), Lily (dua dari kanan) dan Tan Hwei Ling.

Atlet berusia 28 tahun dari Kampung 4 Murni C Nabawan itu berkata, kehadiran keluarga datang dari jauh menyaksikan bertanding juga menyemarakkan semangatnya mengharungi kejohanan itu.

"Tidak lupa kepada isteri yang menjadi tulang belakang sehingga saya sampai ke tahap sekarang ini. Terima kasih juga kepada jurulatih saya Othman Yahya dan Pengelola Bina Badan PDRM Supt Gazali Yunos," katanya.

Zmarul menjadi anggota polis pada 2009 dan mula berjinak-jinak dengan sukan bina badan pada 2012 seterusnya menyertai Mr Malaysia pada 2013.

Beliau merangkul gelaran juara kategori bawah 70kg pada 2017 dan  tidak menoleh ke belakang lagi apabila muncul juara kategori Light Weight di Sarawak tahun lalu dan melengkapkannya untuk juara hatrik di sini dalam kategori Welter Weight.

Tempat kedua kategori Welter Weight dimenangi Zairul Azrin Zainuddin (K Lumpur), ketiga Mohd Hamiruddin Harun (ATM), keempat Suhaili Toipin (Sabah) dan kelima Mohamad Sani Sanawi (Sarawak).

Pertandingan Juara Antara Juara pula melibatkan sembilan juara setiap kategori terbuka.

"Bukan mudah untuk sampai ke tahap ini kerana cabarannya besar. Kita kena disiplin terutama dalam menjaga diet dan paling mencabar ia menampung kos perbelanjaan yang sangat tinggi..untuk persediaan menghadapi kejohanan seperti ini, perlu RM4,000 hingga RM5,000.

"Sebab itu, saya berterima kasih kepada semua yang menyokong," kata Zmarul yang juga pemenang tempat ketiga kejohanan peringkat Asia Tenggara di Myanmar, Mei lalu.

Sambil itu, sempena dengan ulang tahun  ke-50, Mr  Malaysia atau Kejohanan Bina Badan `Physique' Peringkat Kebangsaan buat pertama kali dalam sejarah penganjurannya turut mempertandingkan kategori wanita yang terbahagi kepada dua acara, iaitu ‘Physique’ (Susuk Tegap) dan Bina Badan (Terbuka).

Wakil Sabah, Shelen Adriana muncul juara sulung mengalahkan Marzura Mohd Ariffin (Kuala Lumpur), Lily Nur Izatty Ahmad (Sabah) dan Tan Hwei Ling (Kedah).

Acara Bina Badan Wanita dijuarai Shee Wai Yeah (Kuala Lumpur) manakala pemenang tempat kedua hingga keempat adalah dari Sabah iaitu Samsiah Gangau, Junaidah Mohammad, dan Julita Masanlan.

Kategori lelaki menyaksikan hanya seorang atlet Sabah menang iaitu Grace Voo dalam acara Remaja Lelaki (70kg ke atas).

Naib juara adalah Akmal Fitri Hazim (Selangor), ketiga Louis Chia (Pulau Pinang), keempat Ng Way Jie (Kedah) dan kelima Muhamad Ihsan Mohamad Nasir (Kelantan).

Kejohanan itu adalah Persatuan Bina Badan Sabah (SBBA) selaku tuan rumah dengan sokongan Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF) selaku badan induk, Enrich Fitness selaku penaja utama, serta 1Borneo Hypermall dan Klagan Regency 1Borneo selaku penaja venue.

Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe juga sempat meluangkan masa hadir dan menyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada para hakim yang diketuai Setiausaha Kehormat MBBF, Leftenan-Komander (B) Kamaruzaman Kadir.

Kejohanan itu disertai 128 atlet yang mewakili 12 negeri, dua willayah persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan) serta dua badan bukan negeri, iaitu PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

ATM muncul juara keseluruhan selepas mengumpul 122 mata, kedua Kuala Lumpur (113 mata) dan ketiga PDRM (109 mata).

Sabah menduduki tempat kelima dengan 59 mata, di belakang Sarawak yang mendapat 80 mata.

Keputusan MR Malaysia 2019

Juara Antara Juara: Zmarul Al Adam Pulutan Abdullah (PDRM)

Persembahan Terbaik: Loganathan Chandran (P Pinang)

Light Fly Weight
1. Wan Mohd Faisal (K Lumpur)
2. Wan Mohd Adib (Kelantan)
3. Azri Asmat (Sarawak)
4. Edwin Julius (ATM)
5. Idris Mohamat (Sabah)

Fly Weight
1. Muhd Sabila (PDRM)
2. Muhamad Adil (ATM)
3. Hamizan Zaidin (Sarawak)
4. Mohd Fazuanizam (Johor)
5. Dalvison Sabidor (Sabah)

Bantam Weight
1. Muhammad Izat (ATM)
2. Joseph Ladi (Sarawak)
3. Mohammad Faizul (KL)
4. Shahmi Samuri (PDRM)
5. Vickson Kihog (Sabah)

Light Weight
1. Ahmad Amirul (KL)
2. Lim Chee Siong (KL)
3. Loganathan Chandran (P Pinang)
4. Abdul Aziz (ATM)
5. Amin Rasuad (Johor)

Welter Weight
1. Zmarul Al Adam (PDRM)
2. Zairul Azrin (KL)
3. Mohd Hamiruddin (ATM)
4. Suhaili Toipin (Sabah)
5. Mohamad Sani (Sarawak)

Light Middle Weight
1. Zainal Arif (ATM)
2. George Saligi (PDRM)
3. Nazri Pulong (Selangor)
4. Farrokh Ibtisam (Sarawak)
5. Ho Ai Kong (KL)

Middle Weight
1. Sharafuddin Samuri (Kelantan)
2. Muhd Uzair (PDRM)
3. Huang Chee Yan (Sarawak)
4. Mohammad Faris (Selangor)
5. Christie Cletus (Sabah)

Light Heavy Weight
1. Amsyar Anaqie (PDRM)
2. Hazrin Saratin (Johor)
3. Mat Nazri (ATM)
4. Leong Soon Soon (P Pinang)
5. Kong Fook Hoi (K Lumpur)

Heavy Weight
1. Luqman Al Hakim (ATM)
2. Mohd Hafizul (PDRM)
3. Mohd Isham (Kedah)
4. Danny Ho (P Pinang)
5. Geinod Lozitin (Sabah)

Masters
1. Azahar Mahamad (PDRM)
2. Hendro Lee (Sabah)
3. Abdul Halim (Selangor)
4. Cheah Gaik Wooi (KL)
5. Andreas Baritus (Sabah)

Junior (70kg ke bawah)
1. Muhd Hazrul Amri (Selangor)
2. Syaddad Samshor (KL)
3. Austin Chan (Johor)
4. Mathew Goh (P Pinang)
5. Asrul Asmat (Sarawak)

Junior (70kg ke atas)
1. Grace Voo (Sabah)
2. Akmal Fitri (Selangor)
3. Louis Chia (P Pinang)
4. Ng Way Jie (Kedah)
5. Muhamad Ihsan (Kelantan)

Wanita (Terbuka)
1. Shee Wai Yeah (KL)
2. Samsiah Gangau (Sabah)
3. Junaidah Mohamad (Sabah)
4. Julita Masanlan (Sabah)

Physique (Wanita)
1. Shelen Adriana Kok (Sabah)
2. Marzura Mohd Ariffin (KL)
3. Lily Nur Izzaty (Sabah)
4. Tan Hwei Ling (Kedah)

Athletics Physique (170cm ke bawah)
1. Chales Luanga (KL)
2. Muhammad Syamim (Kelantan)
3. Alex Majamun (ATM)
4. Arif Azhan (Sarawak)
5. Mohammad Amirul (Kedah)


Athletics Physique (170cm ke atas)
1. Muammar Gaddaffi (ATM)
2. Muhamad Usaid (KL)
3. Mohd Azri (Sarawak)
4. Mohd Annas (PDRM)
5. David Sakai (Perlis)

Kedudukan

1. ATM (122 mata)
2. K Lumpur (113 mata)
3. PDRM (109 mata)
4. Sarawak (80 mata)
5. Sabah (59 mata)
6. Kelantan (41 mata)
7. P Pinang (40 mata)
8. Johor (29 mata)
9.Selangor (23 mata)
10. Kedah (22 mata)
11. Melaka (12 mata)
12. Perak (10 mata)
13. Perlis (8 mata)
14. Labuan (7 mata)
15. Pahang (6 mata)
16. Terengganu (0)

 Joannes (tiga dari kiri) dan Dr Francis (tiga dari kanan) menjulang tangan pemenang kategori Junior Lelaki 70kg ke atas yang dijuarai Grace Voo (tengah).
JUARA: Joannes (tiga dari kiri) dan Dr Francis (tiga dari kanan) menjulang tangan pemenang kategori Junior Lelaki 70kg ke atas yang dijuarai Grace Voo (tengah).
  • oleh
  • Advertisement