Anda di sini

See Hua Marketing promosi pakej E-paper pada ulang tahun Normah

Advertisement
 Justyn (kanan) dan Francis menunjukkan e-paper See Hua Marketing yang sedang dalam rangka promosi di Normah semalam.
PROMOSI: Justyn (kanan) dan Francis menunjukkan e-paper See Hua Marketing yang sedang dalam rangka promosi di Normah semalam.

KUCHING: See Hua Marketing mempromosikan pakej-pakej E-paper pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-31 Normah Specialist Hospital semalam.

Pegawai Acara See Hua Marketing Justyn Goh berkata, promosi tersebut akan dilaksanakan pihaknya secara berterusan.

“Pakej yang ditawarkan pihak kami adalah bagi pilihan E-paper The Borneo Post, Utusan Borneo atau See Hua Daily bagi satu tahun pada harga RM38, manakala bagi dua tahun sebanyak RM70 dan tiga tahun langganan untuk RM100,” ujarnya.

Pada masa sama, bagi mana-mana dua pilihan akhbar untuk langganan E-paper bagi setahun ialah RM50, manakala langganan bagi ketiga-tiga E-paper berkenaan untuk tempoh setahun sebanyak RM60.

Langganan setahun bagi surat khabar bercetak untuk See Hua Daily pula ialah RM188, Utusan Borneo (RM276) dan The Borneo Post (RM321).

Sementara itu, pelancaran iklaneka E-paper akan diadakan pada Isnin, 19 Ogos ini menerusi laman sesawang, Facebook di seehuamarketing.com

Turut hadir Pengedar See Hua Marketing Francis Onie.

Advertisement