Anda di sini

Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Tarat beroperasi November ini

Advertisement
Uggah berbincang dengan pegawai-pegawai CPPC Tarat ketika mengadakan lawatan kerja hari ini.
Uggah berbincang dengan pegawai-pegawai CPPC Tarat ketika mengadakan lawatan kerja hari ini.

SERIAN: Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Tarat (CPPC) dijangka mula beroperasi November ini.

Timbalan Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata ia akan memberi manfaat kepada pekebun durian kerana November merupakan musim buah durian di bahagian itu.

Beliau berkata penting untuk pusat berkenaan dilengkapi kemudahan-kemudahan pemprosesan antarabangsa dan mendapat pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) bagi membolehkan Sarawak mengeksport pes durian ke China.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah berkata Sarawak mensasar menjual 200 tan metrik pes durian ke China pada musim buah itu kali ini.

"Setakat ini bagi tahun, Sarawak telah menjual 100 tan metrik pes durian ke China," katanya sambil menambah permintaan terhadap pes durian dari negara itu sentiasa meningkat.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke CPPC Tarat, di sini, hari ini.

Hadir sama Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak, Dr Alvin Chai dan timbalannya Ngap Dollah.

Advertisement