Anda di sini

Lapan maut dalam kebakaran hotel di Ukraine

Advertisement
 Seorang polis berjaga di hadapan hotel Tokyo Star di Odessa, selatan Ukraine, semalam selepas kebakaran selepas tengah malam yang mengakibatkan lapan maut dan sepuluh cedera dalam kejadian tersebut.  — Gambar AFP
DALAM SIASATAN: Seorang polis berjaga di hadapan hotel Tokyo Star di Odessa, selatan Ukraine, semalam selepas kebakaran selepas tengah malam yang mengakibatkan lapan maut dan sepuluh cedera dalam kejadian tersebut. — Gambar AFP

KIEV: Lapan terkorban dan 10 orang lagi tercedera dalam satu kebakaran pada awal Sabtu lepas di sebuah hotel persendirian di selatan Ukraine di pelabuhan Odessa,  menurut perkhidmatan kecemasan  di Ukraine.

Kebakaran berlaku sejurus selepas tengah malam, jelas perkhidmatan tersebut dalam kenyataannya, namun  tidak menyatakan punca bagi insiden tersebut dan tidak menyatakan berapa ramai orang yang tinggal di hotel itu.

Hotel Tokyo Star memiliki  273 bilik.

Anggota bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memadamkan kebakaran, yang telah membakar sebuah kawasan seluas kira-kira 1,000 meter persegi, jelas perkhidmatan tersebut. — Reuters  

Advertisement