Anda di sini

Lampard ‘dahagakan’ kemenangan pertama

Advertisement
 Lampard ketika menghadiri sidang media menjelang perlawanan EPL di antara Chelsea dan Leicester. — Gambar AFP
PERLU MENANG: Lampard ketika menghadiri sidang media menjelang perlawanan EPL di antara Chelsea dan Leicester. — Gambar AFP

LONDON: Frank Lampard mengakui perlawanan pertamanya sebagai pengurus Chelsea di Stamford Bridge adalah saat yang membanggakan, tetapi hanya kemenangan sahaja ke atas Leicester akan menjadikan kepulangan pada malam ini (Ahad) saat yang benar-benar tidak dapat dilupakan.

Selepas dua kekalahan berturut-turut dalam dua perlawanan kompetitif pertamanya selaku pengendali, Lampard, legenda pasukan The Blues, ingin sekali memulakan tugasnya dengan tiga mata pada hujung minggu ini.

Penjaring terbanyak Chelsea yang berusia 41 tahun itu pasti akan menerima sambutan perwira daripada peminat yang memujanya walaupun memulakan musim dengan mengecewakan.

Kekalahan 4-0 di Manchester United (MU) dalam perlawanan pembukaan Chelsea bagi kempen Liga Perdana Inggeris disusuli kekalahan kepada Liverpool menerusi penentuan penalti pada Rabu lepas dalam Piala Super Eropah di Istanbul.

Kedua-dua perlawanan memaparkan saat-saat yang positif bagi Chelsea, tetapi Lampard tahu dia akan dinilai berdasarkan keputusan, menjadikannya penting untuk mengelak kekalahan ketiga berturut-turut apabila Leicester bertandang ke barat London.

“Saya bangga untuk mengurus kelab ini. Saya sudah kembali beberapa kali dan menerima sokongan yang hebat,” kata Lampard.

“Ia pasti hari istimewa yang emosional bagi saya tetapi perkara penting adalah usaha untuk mendapatkan tiga mata dan itulah perkara yang benar-benar membimbangkan saya.”

“Terdapat bahagian yang bagus dalam perlawanan Man United yang hilang dalam keputusan itu tetapi tidak hilang bagi saya – ketika menentang Liverpool, kami menentang salah sebuah pasukan terkemuka di dunia dan benar-benar menandingi mereka.”

Lampard memiliki pengalaman hanya semusim sahaja sebagai pengurus dalam divisyen kedua bersama Derby, tetapi hubungannya yang kuat dengan Chelsea memujuk pemilik Roman Abramovich untuk melantiknya pada musim percutian.

Lampard sedang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan tugasan itu.” — AFP

Advertisement