Anda di sini

Koroner dapati kematian Jeffrey Epstein akibat gantung diri

Advertisement
JEFFREY
JEFFREY

NEW YORK: Satu bedah siasat terhadap tokoh kewangan AS Jeffrey Epstein yang dimalukan telah ditemui meninggal dunia di dalam sel penjaranya telah memutuskan bahawa dia membunuh diri dengan cara menggantung diri, menurut seorang koroner kelmarin, menjawab salah satu dari persoalan menyelubungi kematiannya.

Keputusan itu muncul enam hari selepas lelaki berusia 66 tahun, yang dituduh sebagai menyeludup wanita pada usia semuda 14 tahun bagi seks, telah ditemui meninggal dunia di Pusat Tahanan Metropolitan berkawalan ketat di New York.

Ketua pemeriksa perubatan New York Barbara Sampson menyatakan di dalam satu kenyataan yang die-mel kepada AFP bahawa “selepas penilaian secara berhati-hati terhadap semua maklumat siasatan, termasuk keputusan bedah siasat yang lengkap” ia telah dipastikan bahawa Epstein telah membunuh dirinya sendiri.

New York Times memetik pihak berkuasa sebagai menyatakan bahawa Epstein telah menggunakan sehelai cadar tilam untuk menggantung dirinya sendiri.

Laporan muncul sehari selepas pihak media AS melaporkan bahawa penemuan awal dari pemeriksaan bedah siasat mendapati tulang patah pada bahagian leher Epstein.

Epstein, seorang jutawan yang pernah menyatakan Putera Andrew dari Britain dan

Presiden AS Donald Trump sebagai kawan, telah didakwa dengan satu tuduhan penyeludupan gadis bawah umur untuk seks dan satu tuduhan bagi konspirasi untuk melakukan penyeludupan seks bawah umur.

Menurut pihak pendakwa raya, Epstein telah mengeksploitasi secara seksual ramai remaja di kediamannya di Manhattan dan Florida di antara 2002 dan 2005.

Dia menafikan dakwaan itu namun berdepan hukuman penjara selama 45 tahun sekiranya didapati bersalah.

Peguam Epstein menyatakan kelmarin mereka “tidak berpuas hati dengan kesimpulan daripada pemeriksa perubatan” dan  akan melakukan siasatan mereka sendiri mengenai kematiannya, termasuk menuntut untuk melihat rakaman video dari penjara.

“Ia adalah dipertikaikan bahawa pihak berkuasa melanggar protokol mereka sendiri,” menurut peguam, menyatakan “keadaan yang teruk, malah sederhana” di fasiliti tersebut.

Pihak FBI dan Jabatan Kehakiman sedang menyiasat bagaimana seorang banduan yang berprofil tinggi berjaya mencabut nyawanya sendiri hanya beberapa minggu selepas satu cubaan bunuh diri sebelum itu.

Warden di Pusat Tahanan Metropolitan di mana Epstein telah ditempatkan buat sementara waktu telah ditugaskan semula dan dua pengawal diarahkan mengambil cuti pentadbiran sementara menunggu satu siasatan.

Pengawal telah dilaporkan tertidur ketika mereka seharusnya memeriksa keadaan Epstein.

Kematian Epstein berlaku sehari selepas sebuah mahkamah mengemukakan dokumen di mana  seorang mangsa menyatakan dia telah menggunakan beliau sebagai seorang “hamba seks” dan bahawa  beliau telah dipaksa untuk melakukan seks dengan beberapa ahli politik  dan ahli perniagaan terkenal.

Virginia Giuffre telah menyatakan beliau dipaksa untuk melakukan seks dengan Putera Andrew, bekas senator AS dan arkitek perjanjian damai Ireland Utara George Mitchell, bekas gabenor New Mexico Bill Richardson dan peguam selebriti Amerika Alan Dershowitz.

Mereka semua telah menafikan sepenuhnya tuduhan itu.

Pihak pendakwa raya telah berjanji akan meneruskan kes terhadap sesiapa yang lain terlibat di dalam jenayah Epstein dan pada awal minggu ini beberapa ejen FBI telah menyerbu pulau persendiriannya di Caribbean.

Beberapa wanita turut tampil untuk mendapatkan pampasan.

Pada Rabu lepas, Jennifer Araoz telah memfailkan satu tuntutan mahkamah terhadap estet Epstein, bekas teman wanitanya Ghislaine Maxwell dan tiga teman wanita lain.

Araoz menyatakan beliau telah dirogol oleh Epstein ketika berusia 15 tahun. Beliau menyatakan Maxwell, seorang sosialit British dan anak perempuan kepada mendiang penipu dan hartawan media Robert Maxwell, membantu jenayahnya.

Di mana Maxwell berada adalah tidak diketahui namun dia  baru-baru ini dirakamkan gambarnya di sebuah restoran di Los Angeles, menurut kepada laporan AS.

Pada Jumaat lepas dua wanita lain telah memfailkan satu tuntutan mahkamah sebanyak $100 juta terhadap estet Epstein.

Mereka telah bekerja sebagai pelayan wanita di sebuah restoran Manhattan pada 2004 ketika seorang wanita dikatakan sebagai seorang “pengambil rekrut” bagi Epstein menghampiri mereka, kata beliau.

Pengambil rekrut itu dikatakan menawarkan kedua-dua mereka beratus-ratus dolar setiap seorang untuk pergi ke kediaman Epstein dan memberikan urutan kepada dia, memberikan jaminan kepada mereka bagi tiada sebarang hubungan seksual.

Dua hari kemudian mereka telah pergi ke rumah agam mewah milik Epstein berhampiran Central Park.

Sebaik sahaja mereka berada di dalam bilik urutan, menurut tuntutan mahkamah sebanyak lapan muka surat, Epstein telah bertindak agresif secara seksual terhadap mereka sebelum memberikan kepada mereka beberapa ratus dolar.

Epstein telah disabitkan di Florida pada 2008 kerana membayar gadis muda bagi urutan namun hanya menjalani hukuman penjara selama 13 bulan di bawah satu perjanjian rahsia dilakukan dengan pendakwa raya negara ketika itu. — AFP

Advertisement