Anda di sini

Gempa bumi sederhana berlaku di Myanmar

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter, berlaku di Myanmar pada 11.24 pagi ini. 

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi dengan kedalaman 66 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku pada jarak 59km barat dari Pyay, Myanmar.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama 

Advertisement