Anda di sini

Dua atlet karate Sarawak tidak menghampakan

Advertisement
 Chang (kiri) dan Michel memperagakan pingat dimenangi mereka pada kejohanan karate dunia di Iran.
CEMERLANG: Chang (kiri) dan Michel memperagakan pingat dimenangi mereka pada kejohanan karate dunia di Iran.

KUCHING: Dua atlet karate Sarawak, Chang Sxe Poh dan Michael Owen Haring tidak menghampakan kontinjen negeri apabila menghadiahkan pingat perak dan gangsa pada kejohanan karate antarabangsa di Tehran, Iran dari 20 Julai hingga 1 Ogos lalu.

Chang menyumbang perak selepas tewas dalam aksi final kumite individu lelaki 75kg manakala Michael meraih gangsa dalam acara kumite individu 84kg.

Seorang lagi atlet, Vincent Garfelo Desin bagaimanapun terlepas untuk menaiki podium.

Penolong Jurulatih, Clarence Leong yang mengiringi Ketua Jurulatih, Yousef Ataei Khanghah berpuas hati setelah dua daripada tiga atlet yang dihantar berjaya membawa pulang pingat dari kejohanan dunia itu.

“Ini merupakan pendedahan pertama atlet-atlet kita di luar negara dan boleh dikatakan satu kejayaan membanggakan kerana mereka berjaya menewaskan atlet-atlet berpengalaman dari negara-negara lain dan memenangi pingat,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau yang juga pengurus pasukan mendedahkan semua atlet dihantar amat gembira kerana berpeluang menyertai latihan intensif selama tiga hari bersama pasukan pelapis kebangsaan Iran di kem mereka sebelum pertandingan bermula.

Advertisement