Anda di sini

Buruh mabuk tetak rakan sekerja gara-gara dicabar

Advertisement
STANLEY

SIBU: Berang dicabar, seorang buruh bertindak menetak rakan sekerjanya di bahagian perut setelah bertengkar di bawah pengaruh alkohol pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata polis menerima panggilan melaporkan pergaduhan berlaku di Lorong Bahagian Selatan 10B, Jalan Teku di sini sekitar pukul 6 petang.

“Anggota polis sampai di lokasi kejadian telah nampak mangsa terbaring dalam keadaan berdarah serta luka di perut sebelah kanan. 

“Pihak ambulans telah dihubungi dan mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama, Stanley berkata, suspek, 46, telah tampil menyerah diri dan mengaku menetak mangsa menggunakan parang.

“Suspek yang ditangkap masih di dalam pengaruh alkohol akan direman pada hari ini di Mahkamah Majistret Sibu," katanya sambil menambah lelaki itu dirujuk ke bahagian narkotik untuk menjalani ujian saringan air kencing. 

Mangsa, 28 mengalami kecederaan di bahagian luar dan dalaman berada keadaan stabil.

Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek adalah rakan sekerja (buruh) yang tinggal di kediaman milik syarikat.

“Punca kejadian adalah disebabkan mangsa dan suspek telah bertengkar di bawah pengaruh alkohol. 

“Cabar-mencabar telah berlaku menyebabkan suspek mengambil parang miliknya lalu menetak mangsa di bahagian perut," katanya. 

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement