Anda di sini

Barca pinjam Coutinho kepada Bayern Munich

Advertisement
COUTINHO
COUTINHO

MADRID: Barcelona sudah mencapai ‘persetujuan pada dasarnya’ untuk menghantar Philippe Coutinho sebagai pemain pinjaman ke Bayern Munich, kedua-dua kelab itu mengesahkan kelmarin.

Coutinho tidak dimasukkan ke dalam skuad untuk perlawanan pembukaan Barca menentang Athletic Biilbao daam La Liga kelmarin, dan pengarah kelab Guillermo Amor mengesahkan pemain Brazil itu bakal menyertai Bayern.

“Kami dapat mengesahkan terdapat persetujuan pada dasarnya untuk meminjamkan Coutinho kepada Bayern dan kami hanya perlu memuktamadkan perjanjian,” kata Amor.

Pengarah sukan Bayern Hasan Salihamidzic turut mengesahkan perjanjian pinjaman itu lewat kelmarin.

“Saya dapat mengesahkan kami berada di Barcelona dan sudah menyetujui terma bersama pemain itu dan ejennya,” kata Salihamidzic kepada badan penyiaran ZDF selepas perlawanan pembukaan liga oleh Bayern sendiri yang berakhir dengan keputusan seri 2-2 dengan Hertha Berlin.

“Kami menjalin hubungan baik dengan Barcelona. Kami masih belum ada beberapa butiran seperti tanda tangan dan pemeriksaan kesihatan, tetapi kami gembira kerana memperolehi pemain sepertinya.”

Coutinho menyertai Barcelona dari Liverpool pada Januari 2018 dengan bayaran awal 120 juta euro (RM588 juta) dan 40 juta euro (RM196 juta) lagi dalam tambahan berpotensi.

Walaupun ketibaan Coutinho mencetuskan keterujaan, dia telah menghadapi masalah untuk mencari tempatnya di Camp Nou.

Di Bayern, pemain Brazil itu akan menambah kekuatan kepada barisan serangan ekoran pemergian Arjen Robben dan Franck Ribery pada hujung musim lepas. — AFP

Advertisement