Anda di sini

Wolves menang agregat 8-0 ke atas Pyunik untuk ke playoff Liga Europa

Advertisement
 Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kelayakan pusingan ketiga Liga Europa di antara Wolverhampton Wanderers dan Pyunik di Stadium Molineux di Britain. — Gambar Reuters
LINCAH: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan kelayakan pusingan ketiga Liga Europa di antara Wolverhampton Wanderers dan Pyunik di Stadium Molineux di Britain. — Gambar Reuters

PARIS: Wolves menang mudah ke atas kelab Pyunik dari Armenia, 4-0, dengan agregat 8-0 untuk mara ke peringkat play-off Liga Europa kelmarin di mana mereka akan menentang Torino dari Itali.

Diogo Jota, yang dimasukkan sebagai pemain gantian, menjaringkan gol lewat yang menakjubkan manakala pemain yang membuat penampilan sulung Pedro Neto, Morgan Gibbs-White dan Ruben Vinagre turut meletakkan nama dalam carta gol untuk membantu kelab Liga Perdana Inggeris bimbingan Nuno Espirito Santo itu mara dengan mudah di Molineux.

Wolves, yang bermain di Eropah buat pertama kali sejak 1980, menentang pasukan Torino yang seri 1-1 di kelab Belarusia, Shakhtyor, untuk melepasi pusingan kelayakan ketiga dengan agregat 6-1.

Nikolai Yanush menyelamatkan sedikit maruah bagi pasukan tuan rumah apabila dia menyamakan kedudukan pada malam kelmarin menerusi tendangan penalti dalam masa tambahan selepas Simone Zaza meletakkjan kelab Itali berkenaan di depan 10 minit sebelum tamat, tetapi Torino sudah pun jauh di depan.

Torino, yang menduduki tempat ketujuh dalam Serie pada musim lepas, menyertai pertandingan itu selepas AC Milan pada Jun lalu secara sukarela menerima penggantungan daripada bola sepak Eropah pada musim akan datang selepas mereka melanggar peraturan ‘financial fair play’.

Feyenoord, bekas juara Eropah dan pemenang dua kejuaraan yang mendahului Liga Europa, Piala UEFA, juga mara dengan mudah ke peringkat play-off selepas seri 1-1 dengan Dinamo Tbilisi yang menyaksikan mereka mara dengan agregat 5-1.

Rangers menewaskan FC Midtjylland 3-1 di Ibrox untuk kemenangan agregat 7-3 dengan Alfredo Morelos yang menjaringkan dua gol sebelum dan selepas jaringan Sheyi Ojo.

Bagaimanapun sebuah lagi kelab dari Scotland, Aberdeen, tewas 2-0 kepada Rijeka dari Croatia dan tersingkir dengan kekalahan agregat 4-0. — AFP

Advertisement