Anda di sini

Tun Juhar terima kunjungan hormat Duta Besar Sweden

Advertisement
 Tun Juhar (kanan) menerima cenderamata daripada Dag Juhlin (kiri).
CENDERA HATI: Tun Juhar (kanan) menerima cenderamata daripada Dag Juhlin (kiri).

KOTA KINABALU: Duta Besar Sweden ke Malaysia; Dag Juhlin-Dannfelt mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri Sabah; Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pada Jumaat.

Menurut Dag Juhlin, kunjungan tersebut bertujuan bagi mengeratkan hubungan serta menjalin kerjasama antara Sweden dan kerajaan Sabah di samping untuk memastikan kebajikan sebilangan rakyatnya yang bekerja atau melancong ke negeri ini.

"Ini merupakan lawatan kali keenam saya ke sini sepanjang tiga tahun perkhidmatan sebagai Duta Besar Sweden.

"Saya kagum dengan Sabah kerana memiliki alam semula jadi yang sangat indah," katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar.

Selepas kunjungan tersebut, Dag Juhlin turut membuat kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah; Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Konsul Kehormat Sweden di Sabah; James Wong.-Penerangan.

  • oleh
  • Advertisement