Anda di sini

Mangsa musibah terima bantuan

Advertisement
 Zakaria menyampaikan bantuan kepada salah seorang wakil mangsa di Kampung Gum Gum.
BANTUAN: Zakaria menyampaikan bantuan kepada salah seorang wakil mangsa di Kampung Gum Gum.

SANDAKAN: Mangsa-mangsa dua kejadian musibah di kawasan Libaran telah menerima bantuan dari Ahli Parlimennya; Datuk Zakaria Haji Mohd Edris.

Zakaria yang juga Ketua Penaja Pimpinan Bersatu Bahagian Libaran telah melawat mangsa-mangsa terbabit untuk menyampaikan bantuan berbentuk barangan keperluan harian serta sumbangan peribadi.

Beliau berharap bantuan yang disampaikan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa dan juga meminta mereka bersabar menghadapi musibah sementara menunggu bantuan dari pihak agensi kerajaan lain.

Mangsa terdiri dari penghuni empat buah rumah di Kampung Gum Gum dimana zink bumbung rumah diterbangkan angin kencang semasa ribut minggu lepas.

Turut hadir pegawai-pegawai dari Majlis Perbandaran Sandakan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sandakan, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Libaran; Kamal M. Said, Ketua SriKandi Libaran; Anabel Perian serta AJK beliau, AJK-AJK Bersatu Libaran dan pemimpin masyarakat setempat.

Sebelum ini, Zakaria telah melawat mangsa kebakaran di Kampung Semawang Laut untuk menyampiakan bantuan dan sumbangan peribadi kepada mereka pada Ogos 13.

Seramai 11 orang dari dua buah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah papan mereka musnah dalam kebakaran pada Ogos 12.

“Syukur Alhamdulilah, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dalam dua-dua kejadian tersebut.

“Pihak saya akan berbincang dengan agensi-agensi kerajaan berkenaan untuk mengenalpasti jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada mangsa kedua-dua musibah ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement