Anda di sini

Kelayakan bola sepak SAGA: KK menang dua perlawanan pertama

Advertisement
 Pemain dan jurulatih Kota Kinabalu meraikan kemenangan ke atas Tuaran di Padang A KSKK pada Khamis.
RAI KEMENANGAN: Pemain dan jurulatih Kota Kinabalu meraikan kemenangan ke atas Tuaran di Padang A KSKK pada Khamis.

KOTA KINABALU: Menang dua perlawanan pertama pada pusingan kelayakan Zon Pantai Barat  meletakkan Kota Kinabalu antara calon utama mara ke pusingan akhir  acara bola sepak Sukan Sabah (SAGA) 2019.

Di Padang A Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) Khamis lalu, Kota Kinabalu mengalahkan Tuaran 1-0 untuk kemenangan kedua berturut-turut di mana sehari sebelumnya, mereka menang 4-3 ke atas Papar.

Gol tunggal kemenangan Kota Kinabalu ke atas Tuaran dijaringkan pemain tengah, Johan Mansur yang menyudahkan lorongan pendek Hizaz Lokman pada minit terakhir permainan.

Pasukan yang bersaing dalam pusingan kelayakan Zon Pantai Barat  terdiri daripada Kota Kinabalu, Tuaran, Papar, Penampang, Ranau dan Putatan.

Pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan bagi menentukan dua pasukan mara ke pusingan akhir SAGA 2019 di Keningau penghujung tahun ini.

Kota Kinabalu dijadualkan meneruskan cabaran menentang Ranau kelmarin manakala dua perlawanan terakhirnya ialah menentang  Putatan hari ini dan Penampang pada Ahad.

Kesemua perlawanan membabitkan Kota Kinbalau diadakan di padang A KSKK dan sepak mula adalah pada jam 4.15 petang.

  • oleh
  • Advertisement