Anda di sini

Empat termasuk warga Indonesia maut kemalangan

Advertisement
 Keadaan dua kenderaan yang bertembung petang Jumaat.
BERTEMBUNG: Keadaan dua kenderaan yang bertembung petang Jumaat.

KINABATANGAN: Empat individu maut dalam pertembungan dua kenderaan di Kampung Paris 2 Simpang Pertanian di sini petang Jumaat.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Hairul Jamal berkata, kejadian jam 1.47 petang membabitkan pertembungan pacuan empat roda dan lori trailer 10 tan yang membawa muatan buah kelapa sawit.

“Sebaik mendapat panggilan kecemasan berkenaan kejadian sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan digegaskan ke lokasi sejauh 47 kilometer untuk menjalankan operasi penyelamatan.

“Lima mangsa terlibat dalam kejadian ini masing-masing empat penumpang di kereta pacuan empat roda dan seorang pemandu di lori treler terbabit,” katanya.

Menurutnya, impak pertembungan menyebakan keempat-empat mangsa termasuk seorang warga Indonesia di dalam kereta pacuan empat roda maut di lokasi kejadian.

“Mangsa Nurdiana Tamsi, 57 dan Thambrin Beddu, 59 adalah warga tempatan yang maut dan Anita Anwar, 41 adalah warga Indonesia.

“Seorang lagi mangsa meninggal belum diketahui identitinya manakala pemandu lori warga tempatan berumur 31 tahun berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Tambahnya, kesemua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan jam 3.50 petang.

  • oleh
  • Advertisement