Anda di sini

Sipitang tuan rumah Pesta Buah-buahan 2019

Advertisement
 Yusof (duduk, dua dari kanan), Haslinda (duduk, kanan), Matlin (duduk, dua dari kiri) dan Mat Kassim (duduk, kiri) menunjukkan aturcara dan program Festival Buah-Buahan 2019.
ATUR CARA: Yusof (duduk, dua dari kanan), Haslinda (duduk, kanan), Matlin (duduk, dua dari kiri) dan Mat Kassim (duduk, kiri) menunjukkan aturcara dan program Festival Buah-Buahan 2019.

KOTA KINABALU: Buat julung kalinya, daerah Sipitang sebagai tuan rumah bagi Pesta Buah-buahan 2019 selama empat hari bermula 29 Ogos sehingga 1 September, di Padang Topten.

Menteri Pelajaran Dan Inovasi; Datuk Dr. Yusof  Yacob berkata, objektif utama festival itu adalah untuk menjana serta mengangkat produk-produk tempatan seterusnya meningkatkan tahap sosio-ekonomi komuniti tempatan.

"Selain itu, menggalakkan kerjasama di antara semua ahli persatuan dan menjadikan Sipitang sebagai tarikan destinasi pelancong tempatan dan asing.

"Kini, Sipitang merupakan daerah yang sedang giat mempromosikan produk-produk pelancongan antaranya, sukan ekstrem, Stingless Bee Farm, memancing, kawasan rekreasi, homestay dan resort.

"Di samping itu, Sipitang mempunyai litar tetap pertama di Borneo untuk peminat pacuan empat roda yang terletak di Kampung Katipoh, Mesapol dan kawasan memancing kolam ikan keli Afrika yang terbesar di Sabah," katanya semasa mengadakan Sidang Media Pesta Buah-Buahan Sipitang 2019 di Wisma Bandaraya pada Khamis.

Yusof yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin berkata, penyertaan dari dalam dan luar negara seperti Brunei, Singapura, Wilayah Persekutuan Labuan, Selangor dan Sarawak amat menggalakkan dan ini menunjukkan maklum balas yang sangat positif.

"Antara acara yang akan dijalankan iaitu Buffet Durian, Pertandingan Durian Sipitang, Pertandingan Inovasi Masakan berasaskan buah-buahan, Fruit Run, Sipitang Bikers Day dan banyak lagi.

"Jumlah keseluruhan yang terlibat dijangka seramai 1,000 penyertaan untuk semua acara yang dipertandingkan,” tambahnya.

Dalam pada itu katanya, Sabah tidak terkecuali sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dan berharap dengan adanya program seumpama ini para usahawan akan mampu maju, berdaya saing bukan sahaja di peringkat tempatan malah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Majlis perasmian dijangka akan disempurnakan oleh Ketua Menteri; Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pada 29 Ogos jam 10 pagi.  

Selaras dengan tagline festival ini iaitu 'Sipitang Truly Borneo', pelbagai acara telah disusun sebagai pengisian untuk memeriahkan festival yang menjurus kepada budaya dan buah-buahan yang berkonsepkan Borneo.

Hadir bersama Setiausaha Jawatankuasa Induk; Haslinda Hadis, Pegawai Daerah Sipitang selaku Pengerusi Pelaksana; Matlin Dullah dan Ahli Jawatankuasa Pelaksana; Mat Kassim Aliyusop.

  • oleh
  • Advertisement