Anda di sini

Seorang lagi anggota polis berpangkat koperal ditahan di bawah Operasi 'Blue Devil'.

Advertisement
DEV KUMAR
DEV KUMAR

KUCHING: Seorang lagi anggota polis berpangkat koperal ditahan semalam kerana disyaki terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi Operasi 'Blue Devil' yang dijalankan sejak 13 Ogos lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar yang mengesahkannya berkata suspek berumur 38 tahun, bertugas di Sibu merupakan yang keempat ditangkap kerana disahkan postif dadah jenis syabu selepas melalui ujian air kencing.

Polis turut menahan seorang lagi suspek juga berpangkat koperal, berumur 40 tahun, bertugas di Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa.

Tambahnya anggota terbabit kini ditahan di lokap polis sementara menunggu keputusan daripada Jabatan Patologi untuk pengesahan sama ada dia positif dadah atau tidak.

Dev terdahulu pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak semalam memberitahu pihaknya telah menangkap dua anggota berpangkat Lans Koperal di Kota Samarahan dan Kuching kerana disyaki positif dadah.

"Sekiranya ujian kedua yang dilakukan oleh Jabatan Patologi juga mengesahkan mereka positif dadah baharu kita dapat mengambil tindakan selanjutnya," jelasnya.

Operasi Blue Devil adalah untuk mengesan dan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

  • oleh
  • Advertisement