Anda di sini

Sembilan staf UMS sedia galas cabaran Kuching Marathon 2019

Advertisement
 Kakitangan UMS yang akan menyertai Kuching Marathon 2019 merakamkan gambar bersama Prof. Dr. Taufiq Yap.
BAWA CABARAN UMS: Kakitangan UMS yang akan menyertai Kuching Marathon 2019 merakamkan gambar bersama Prof. Dr. Taufiq Yap.

KOTA KINABALU: Sembilan orang staf Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menggalas cabaran membawa nama UMS dalam Kejohanan Kuching Marathon 2019 yang akan berlangsung pada 18 Ogos ini di Kuching, Sarawak.

Kumpulan pelari UMS adalah terdiri daripada gabungan kakitangan akademik dan Kumpulan Pegawai Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana yang diketuai oleh Pensyarah Kanan Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP); Dr. Mohamad Nizam Nazarudin.

Menurut Dr. Mohamad Nizam, penyertaan mereka dalam acara tahunan tersebut adalah satu usaha untuk menyatukan kakitangan dari pelbagai perkhidmatan bersatu sebagai pasukan.

“Kumpulan pelari ini bersemangat tinggi untuk mengibarkan bendera UMS dalam satu kejohanan berprestij, selain mahu menjadi role model kepada kakitangan-kakitangan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelepasan UMS Runners Ke Kuching Marathon 2019 yang disempurnakan oleh Naib Canselor UMS; Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin.

Dalam majlis itu juga Pendaftar UMS, Vina Zahriani Yusof memuji usaha kontinjen UMS dalam menyertai acara larian maraton yang dilihat mampu memotivasikan kakitangan lain untuk turut menyertai aktiviti sukan selain memupuk gaya hidup sihat menerusi acara sukan.

“Ini adalah selari dengan strategi utama dalam bidang Keberhasilan Utama (KRA) Keempat UMS yang mempromosi budaya sihat bagi memastikan sumber manusia mempunyai tahap kesihatan yang baik sekali gus meningkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan.

“Jabatan Pendaftar UMS bersama-sama dengan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan juga telah mengadakan perbincangan berkaitan perancangan aktiviti seperti Fun Run dan Fun Walk dalam program My Health For You bagi menjayakan lagi usaha tersebut, serta menimbangkan cadangan pengiktirafan kepada kakitangan dalam penglibatan sukan menerusi pencalonan anugerah khas kelak,” katanya.

Sementara itu, Prof. Dr. Taufiq Yap turut menyokong penglibatan aktif kakitangan UMS dalam penyertaan acara sukan seperti itu.

Advertisement