Anda di sini

Ribuan tentera China berarak dekat sempadan Hong Kong

Advertisement
 Puluhan trak dan kenderaan pengangkut anggota berperisai dilihat diparkir di luar stadium ketika ribuan tentera China berhimpun di bandar raya Shenzhen di seberang sempadan dengan Hong Kong semalam. — Gambar Reuters
AMARAN: Puluhan trak dan kenderaan pengangkut anggota berperisai dilihat diparkir di luar stadium ketika ribuan tentera China berhimpun di bandar raya Shenzhen di seberang sempadan dengan Hong Kong semalam. — Gambar Reuters

SHENZHEN: Ribuan anggota tentera China yang mengibarkan bendera merah berarak di sebuah stadium sukan di sebuah bandar raya di seberang sempadan dengan Hong Kong semalam, kata seorang pemberita AFP.

Kenderaan perisai juga kelihatan di dalam stadium tersebut di Shenzhen, dan acara itu berlangsung ketika kebimbangan meningkat bahawa China mungkin akan masuk campur untuk menamatkan pergolakan selama 10 minggu di Hong Kong.

Media kerajaan melaporkan pada minggu ini bahawa anasir-anasir Polis Bersenjata Rakyat (PAP), yang berada di bawah perintah Suruhanjaya Tentera Pusat, sedang berhimpun di Shenzhen.

Sebahagian anggota di dalam stadium semalam me-nunjukkan tanda kebesaran polis bersenjata pada seragam samaran mereka, menurut pemberita AFP itu.

Pasukan keselamatan kelihatan bergerak dalam formasi di dalam stadium, dan kadang-kadang berlari, manakala anggota lain me-nunggang motosikal di luar stadium.

Di luar stadium terdapat juga puluhan trak dan kenderaan pengangkut anggota berperisai.

Akhbar People’s Daily dan Global Times, dua saluran media kerajaan paling berpengaruh, menerbitkan video pada Isnin lepas bagi apa yang ia sebut adalah PAP yang berhimpun di Shenzhen.

Ketua pengarang Global Times, Hu Xijin, berkata kehadiran tentera di Shenzhen adalah tanda bahawa China sudah bersiap sedia untuk masuk campur di Hong Kong.

“Jika mereka tidak berundur dari cenuram dan terus memburukkan lagi keadaan melepasi tahap kritikal, kuasa kerajaan mungkin akan datang ke Hong Kong pada bila-bila masa,” tulis Hu.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump juga berkata pada Selasa lepas bahawa badan perisikan Amerika sudah mengesahkan perge-rakan tentera China ke sempadan Hong Kong.

“Saya harap ia dapat di-selesaikan bagi semua orang termasuk China. Saya harap ia dapat diselesaikan secara aman, tidak ada orang cedera, tidak ada orang terbunuh,” kata Trump.

Penunjuk perasaan prodemokrasi di Hong Kong, sebuah bandar raya separa autonomi di China, telah melancarkan protes tanpa henti-henti selama 10 minggu untuk menuntut kebebasan dan hak yang lebih luas.

Hong Kong diperintah di bawah kerangka kerja undang-undang “satu negara, dua sistem” sejak ia dise-rahkan kepada China oleh Britain pada 1997.

Hong Kong membenarkan kebebasan sivil yang jauh lebih luas berbanding di tanah besar, tetapi penunjuk perasaan berkata kebebasan itu semakin terhakis manakala campur tangan tanah besar China semakin berkembang.

Tunjuk perasaan, yang semakin ganas dan menyebabkan lapangan terbang di Hong Kong lumpuh selama dua hari pada minggu ini, telah menjadi ancaman terbesar kepada pemerintahan China sejak penyerahannya.

Tentera China tidak pernah campur tangan di Hong Kong sejak penyerahan itu tetapi ia boleh berbuat demikian jika itu yang dituntut oleh kerajaan bandar raya tersebut untuk menjaga “ketenteraman awam”.

PAP bertanggungjawab “mengendalikan rusuhan, pergolakan, aktiviti jenayah yang amat ganas, serangan pengganas dan insiden ke-selamatan sosial lain”, kata akhbar People’s Daily dalam teks yang mengiringi video-nya pada Isnin lepas.

Pihak berkuasa China sudah dua kali pada minggu ini mengaitkan protes ganas di Hong Kong dengan “te-rorisme”. Mereka dengan konsisten menggambarkan penunjuk perasaan sebagai “perusuh”. — AFP

Advertisement