Anda di sini

Pecah masuk rumah, lelaki tempatan dipenjara 2 tahun

Advertisement

LAHAD DATU: Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara 24 bulan ke atas seorang lelaki tempatan kerana memecah masuk rumah dan mencuri telefon bimbit iPhone 6 dalam kejadian Mei lalu.

Tertuduh, Herwan Shah Iblanee, 23, mengaku bersalah di hadapan Hakim Ryan @Bryan Rayner Jr yang kemudian memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berasingan, dengan dua hukuman berjalan serentak 36 bulan dan satu sebatan yang dijalani sekarang.

Mengikut pertuduhan kes, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas dikenali sebagai Jas melakukan pecah rumah dan mencuri telefon bimbit iPhone 6 di sebuah kediaman di Taman Ming Garden pada 16 Mei 2019, jam 5.30 pagi.

Teruduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh didenda atau sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah dibawa oleh rakannya bernama Jas ke kediaman itu untuk mencuri dengan memecah masuk setelah memancing menggunakan kayu untuk mendapatkan kunci pintu belakang rumah.

Tertuduh menyelongkar kediaman itu dan mencuri telefon bimbit iPhone 6 lalu menyerahkan kepada rakannya dan kemudian mendapat habuan RM150 daripada Jas.

Hasil siasatan lanjut, padanan cap jari tertuduh dengan kesan cap jari akhirnya menemukan tertuduh dan tangkapan dibuat pada 18 Mei 2019.

  • oleh
  • Advertisement