Anda di sini

Mix & Match melakar satu lagi kemenangan besar

Advertisement
 (Dari kiri) Teoh Soon Teik, Modtadza Amin, Azean Arbi dan Romel Marcoco dari Pushpinz Team mendominasi kedua-dua kategori.
DOMINASI: (Dari kiri) Teoh Soon Teik, Modtadza Amin, Azean Arbi dan Romel Marcoco dari Pushpinz Team mendominasi kedua-dua kategori.

KUCHING: Mix & Match melakar satu lagi kemenangan besar dengan menundukkan Predator 17-3 pada malam Selasa lalu sekali gus mengekalkan penguasaan di puncak Liga Trio 149 & ke bawah Megalanes Adventure World.

Kemenangan itu juga memberi Mix & Match kelebihan 11.34 mata Peterson berbanding pencabar terdekat, Pushpinz Team dengan kedua-dua pasukan itu semakin menghampiri ‘Positioning Round’.

Pushpinz pula naik ke tangga kedua selepas menumpaskan pasukan di tangga ketiga, Supergirl dengan 14-6 sambil Namana Bowlers naik ke tangga keempat hasil kejayaan menewaskan Rindok Team dengan 13-7 yang jatuh ke tangga kelima.

Mix Bowlers kekal di tangga ketujuh meskipun mencatat kemenangan terbesar pada minggu ini sambil Predator dan Advocates menduduki tangga keenam dan kelapan.

Pada masa sama, tiada perubahan dicatat dalam perebutan Anugerah Khas dengan Norman Fadhli dari Namana Bowlers masih mendahului kategori Individual High Game Handicap.

Manakala Romel Marcoco dari Pushpinz Team dan Awang Abdul Sufian mewakili Mix & Match berkongsi mendahului kategori Individual High Series Handicap.

Ia turut menyaksikan Mix & Match meneruskan dominasi dalam kedua-dua kategori Team High Game Handicap dan Team High Series Handicap namun dicabar oleh Pushpinz Team di kedudukan kedua.

Advertisement