Anda di sini

Memiliki dadah dan ganja, wanita dan lelaki mengaku tidak salah

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga asing dan lelaki warga tempatan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua tuduhan berasingan memiliki dadah dan ganja.

Walau bagaimanapun Fatrina Muharrajid, 18, dan Kenneth Maluda, 35, mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Noor Hafizah Mohd Salim

Fatrina didapati memiliki dadah seberat 31.10 gram, pada 7 Ogos jam 4 petang di beranda sebuah rumah, Kampung Kandang Ayam, Inanam di sini.

Kenneth memiliki ganja seberat 59.77 gram, pada hari sama jam 8.30 malam di dalam sebuah kereta, kawasan parkir Kompleks Sukan Penampang.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, dihukum mengikut Seksyen 39 A (2) akta sama.

Sabit salah, penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun serta tidak kurang daripada 10 sebat.

Namun tiada sebatan dikenakan terhadap pesalah wanita.

Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin terhadap kedua-dua tertuduh dan meminta tarikh sebutan baharu ditetapkan, sementara menunggu laporan kimia.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 23 September dan perbicaraan 5 hingga 6 Disember terhadap Fatrina, sementara 17 September untuk sebutan semula terhadap Kenneth.

Kedua-dua tertuduh diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

Timbalan Pendakwaraya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi dan Siti Hajar Mazlan bertindak untuk pihak pendakwaan.

Peguam Farazwin Haxdy mewakili Fatrina dan Kenneth tidak diwakili peguam.

  • oleh
  • Advertisement