Anda di sini

Lampard tetap puji prestasi anak didiknya

Advertisement
 Reaksi Lampard (kanan) ketika menyaksikan pasukannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool di Vodafone Arena, Istanbul kelmarin. —  Gambar Reuters
TEGANG: Reaksi Lampard (kanan) ketika menyaksikan pasukannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool di Vodafone Arena, Istanbul kelmarin. — Gambar Reuters

ISTANBUL, Turki: Chelsea tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Liverpool pada perlawanan pembuka tirai bola sepak Eropah, Piala Super Eropah tetapi pengurusnya, Frank Lampard, memuji prestasi pasukan pada perlawanan yang berkesudahan 2-2 selepas masa tambahan Rabu lepas.

Chelsea tewas 0-4 di Manchester United pada perlawanan kompetetif pertama Lampard sebagai pengurus Chelsea selepas menggantikan Maurizio Sarri pada bulan Julai tetapi bekas pemain tengah antarabangsa England itu berkata pemainnya memberikan reaksi balas yang betul.

“Selepas Ahad lepas, malam ini adalah satu lagi peringkat dan kami tidak bernasib baik untuk tewas. Kami mempunyai tiga perlawanan sekarang sehingga rehat bola sepak antarabangsa dan akan cuba memenangi kesemuanya,” kata Lampard, di mana pasukannya akan menanti kunjungan Leicester City di Stamford Bridge Ahad ini.

“Musim Chelsea akan menarik jika kami bermain seperti hari ini,” kata beliau.

“Saya berasa sangat bangga dengan pasukan dan prestasi mereka, dan yakin dengan apa yang berlaku. Ia adalah perlawanan sukar menentang pasukan Liverpool yang hebat terutama sekali mereka bermain lebih awal dalam liga (hari Jumaat). Tetapi kadang-kadang dalam bola sepak, ia juga memerlukan tuah,” kata beliau.

Lampard juga pantas memuji sumbangan dua pemain mudanya, yang kembali ke kelab selepas dipinjamkan ke kelab dalam divisyen dua, ekoran kesan penggantungan pembelian pemain yang menghalang Chelsea membeli pemain baharu.

“Mason Mount dan Tammy Abraham menambah dimensi tambahan apabila mereka dimasukkan dan tidak bernasib baik untuk menjaringkan gol. Tammy perlu mengawal perasaannya kerana ia adalah lumrah menjadi pemain yang hebat,” kata Lampard ketika merujuk kegagalan Abraham menyempurnakan penalti yang memberikan kemenangan kepada Liverpool.

Tetapi ketika banyak fokus diberikan kepada skuad muda Chelsea, Lampard berkata ada prestasi yang bagus di semua posisi.

“Orang ramai terus bercakap tentang pemain muda di Chelsea. Mari kita bercakap tentang Jorginho dan (N’Golo) Kante dan saya juga boleh menamakan beberapa lagi pemain. Kami memiliki banyak kualiti di sini, satu kumpulan yang bagus dan kami akan bekerja-keras,” kata beliau.

“Saya cuba menerapkan cara yang saya mahu mereka main dan ada banyak perkara bagus malam ini.

“Kante adalah seorang pemain yang hebat, karektor yang menarik. Beliau seperti jentera dalam padang. Beliau kurang berlaku, ada kecederaan dua hari yang lepas tetapi beliau terdesak untuk bermain dan anda melihat apa yang beliau berikan kepada pasukan hari ini. Beliau pastinya sangat penting kepada pasukan dan saya berasa gembira dapat bekerja dengan beliau.” — Reuters

Advertisement