Anda di sini

Kemenangan Anifah tidak sah dan terbatal

Advertisement
 Hakim Lee Heng Cheong ketika ditemui media hari ini.
HANGAT: Hakim Lee Heng Cheong ketika ditemui media hari ini.

KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini hari ini, memutuskan kemenangan calon Barisan National (BN) Datuk Anifah Aman di Kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu adalah tidak sah dan terbatal.

Hakim Lee Heng Cheong berkata, pemeriksaan semula peti-peti undi mendapati terdapat unsur-unsur penambahan kertas undi secara tidak sah yang melanggar undang-undang pilihan raya.

Menurutnya, penambahan kertas undi tidak berkaitan menjadi kesalahan serius yang mempegaruhi keputusan pilihan raya terbabit, oleh itu kemenangan sebelum ini adalah terbatal.

Walau bagaimanapun plantif Datuk Karim Bujang, calon Parti Warisan Sabah (Warisan) diarahkan membayar kos sebanyak RM105,000 kepada Anifah, kerana gagal membuktikan dakwaan elemen rasuah.

Sementara Pegawai Pilihan Raya Parlimen Kimanis  dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diperintahkan membayar kos sebanyak RM100,000 kepada Karim.

  • oleh
  • Advertisement