Anda di sini

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Menumbok dapat bangunan baharu

Advertisement
 Daud (dua dari kanan) memotong riben sempena Perasmian Bangunan Baharu.
RASMI: Daud (dua dari kanan) memotong riben sempena Perasmian Bangunan Baharu.

MENUMBOK: Warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Menumbok menerima bangunan baharu yang dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah; Dr Daud Yusof di sini, pada Khamis.

Menurut Daud, kerajaan sedar betapa pentingnya menyediakan tempat kerja selesa dan kakitangan mempunyai minda kelas pertama sebagai asas kepada pembangunan insan.

“Adanya bangunan baharu ini dapat mewujudkan suasana bekerja yang lebih kondusif agar dapat meningkatkan produktiviti serta mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada komuniti daerah ini.

"Saya berharap warga JPV Menumbok sentiasa melaksanakan tanggungjawab mereka serta mempertingkatkan taraf kecekapan dan kualiti kerja,” katanya.  

Tambah beliau, JPV Menumbok memainkan peranan penting untuk membanteras kemasukan ternakan dan produk hasil ternakan negara jiran.

Daud berkata, kerjasama orang ramai dalam menangani kes-kes penyeludupan adalah penting bagi menjaga kepentingan negeri ini daripada penyakit-penyakit berbahaya seperti 'rabies' dan 'African Swine Fever'.

Turut hadir ialah Pengarah JPV Sabah; Dr Peter A.K Lee, Penolong Pengarah Kanan Wilayah JPV Beaufort; Dr Zaidun Mohd Noor dan Pegawai Penguasa JPV Menumbok; Heryanto Medili.

  • oleh
  • Advertisement