Anda di sini

Benny pengerusi baharu Jemaah Pengarah PPK Inanam

Advertisement
 Barisan AJP PPK Inanam sesi 2019-2021yang dipengerusikan Benny (berdiri di tengah). Turut bersama ialah Sri Syuyanti (duduk dua dari kanan), Semiseh ( duduk di kanan) dan Junainah (berdiri di kanan).
ALBUM: Barisan AJP PPK Inanam sesi 2019-2021yang dipengerusikan Benny (berdiri di tengah). Turut bersama ialah Sri Syuyanti (duduk dua dari kanan), Semiseh ( duduk di kanan) dan Junainah (berdiri di kanan).

KOTA KINABALU: Usahawan muda Benny Franklin Hartheman, 33, dipilih sebagai pengerusi baharu Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Inanam sesi 2019-2021.

Usahawan dari Kampung Ratau Manggatal itu dipilih dengan sokongan majoriti dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPK Inanam di premis PPK Inanam di Taman Fuliwa, Tebobon, Manggatal kelmarin.

AJP PPK Inanam terdiri daripada 12 orang di mana tujuh daripadanya dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) baru-baru ini manakala lima lagi adalah secara lantikan

Tujuh yang terpilih semasa AGM terdiri daripada Benny, Punil Matidis, Vitalis Gulabok, Julian Goduli, Jonigu @ Jenigo Mogunting, Samie Sandau dan Sylvester Petrus manakala lima lantikan  terdiri daripada Norazizone Norhan, Mohd Abdillah Matlin, Darren Daxter Mujin, Poulyou Gapis dan Salmah Singa.

Benny, Vitalis, Julian, Jenigo, Samie dan Sylvester adalah muka lama dalam barisan AJP manakala selebihnya muka baharu.

Benny ketika ditemui selepas mesyuarat berterima kasih kepada AJP kerana memberi kepercayaan kepadanya menerajui PPK Inanam.

"Saya akan cuba yang terbaik membantu PPK dan juga ahli peladang kawasan ini. Dengan kerjasama semua, saya percaya kami mampu membuka lembaran baharu PPK Inanam.

"Barisan AJP kali ini adalah gabungan muka lama dan baharu dengan masing-masing memiliki kemahiran yang boleh dimanfaatkan. Saya yakin gabungan inilah yang akan menjadi kekuatan PPK Inanam," katanya.

Benny adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Teknologi Tumbuhan, Universiti Malaysia Sabah (UMS).

"Antara objektif utama saya ialah membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat dengan keutamaan kepada golongan B40 melalui pelaksanaan projek aplikasi teknologi R&D tempatan berinovatif yang telah dibangunkan dan sedia dilaksanakan secara mampan," katanya.

Mesyuarat AJP itu dipengerusikan wakil kepada wakil pendaftar Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Sri Suyanti Mohd Jafar.

Turut hadir ialah Pengurus Besar PPK Inanam; Semiseh Hassan dan Pengurus Hal Ehwal Korporat; Junainah Baharuddin.

  • oleh
  • Advertisement