Anda di sini

Bekas guru agama didakwa lakukan kesalahan seksual

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang bekas guru agama didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap seorang pelajar lelaki di sebuah surau.

Abdul Jumat Sapri, 27, yang tidak diwakili peguam walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh memegang kemaluan mangsa yang berusia 15 tahun 11 bulan, pada 4 Ogos jam 1.50 pagi di surau sebuah kampung di daerah Putatan.

Atas kesalahan itu, Abdul Jumat didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwaraya Siti Hajar Mazlan tidak menawarkan ikat jamin diberikan kepada tertuduh dan memohon tarikh pengurusan kes ditetapkan.

Beliau menjelaskan kepada mahkamah, hal ini adalah kerana tertuduh merupakan guru agama kepada pengadu (mangsa).

Namun, tertuduh yang hadir di mahkamah dengan memakai jubah berwarna coklat lembut memohon supaya diberikan ikat jamin.

Ketika disoal Noor Hafizah apakah alasan tertuduh? Tertuduh hanya mengatakan tiada sebab sambil tersenyum.

Mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes pada 17 September terhadap tertuduh yang diperintahkan terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement