Anda di sini

PMT adakan majlis korban di Masjid Al Khauthar

Advertisement
 Ahli Jawatankuasa dan ahli PMT bergambar bersama Ustaz Razali.
MUALAF: Ahli Jawatankuasa dan ahli PMT bergambar bersama Ustaz Razali.

TAWAU: Persatuan Mualaf Tawau (PMT) telah mengadakan majlis korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Al Khauthar, di sini.

Pengerusi PMT Ahaning Abau @Abdul Malik Abdullah berkata, majlis itu merupakan sumbangan daripada Adun Balung Datuk Osman Jamal, PPM Balung Abdul Ghani Zelika dan Mohd Amin Tenreng yang telah menyumbangkan seekor lembu.

"Kita telah menerima sumbangan seekor lembu yang dijadikan haiwan korban untuk diagihkan kepada ahli PMT dan saudara baru serta asnaf yang lain," katanya.

Beliau berkata, menyembelih haiwan korban merupakan tuntutan agama kepada sesiapa yang berkemampuan untuk diagihkan kepada golongan asnaf seperti saudara baru.

"Dengan adanya program seperti ini bukan sahaja dapat menunaikan tuntutan agama tetapi impak yang baik seperti silaturahim dan perpaduan juga akan terjalin melalui majlis seperti itu," katanya.

Katanya, semoga tahun hadapan program seperti itu akan terus diadakan dan akan ada lagi lebih ramai yang tampil memberikan sumbangan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

Turut hadir di majlis itu ialah Penasihat PMT Ustaz Razali Abdullah Sani.

  • oleh
  • Advertisement