Anda di sini

Aktivis tamatkan demonstrasi di lapangan terbang Hong Kong

Advertisement
 Polis menggunakan penyembur lada untuk menyuraikan penunjuk perasaan selepas rapat umum bertukar ganas di lapangan terbang Hong Kong, China kelmarin. — Gambar Reuters
HURU-HARA: Polis menggunakan penyembur lada untuk menyuraikan penunjuk perasaan selepas rapat umum bertukar ganas di lapangan terbang Hong Kong, China kelmarin. — Gambar Reuters

HONG KONG: Penunjuk perasaan prodemokrasi berundur dari lapangan terbang Hong Kong semalam selepas rapat umum yang menimbulkan gangguan yang amat serius dan bertukar ganas untuk memburukkan lagi pergolakan di hab kewangan global itu.

Tunjuk perasaan berakhir awal pagi semalam ekoran siri pertelingkahan di mana seorang anggota polis mengeluarkan pistol selepas dibelasah oleh penunjuk perasaan manakala anggota polis lain melepaskan semburan lada.

Rapat umum berkenaan melumpuhkan salah sebuah hab perjalanan paling sibuk di dunia, seterusnya memburukkan lagi krisis selama 10 minggu yang merupakan cabaran terbesar kepada pemerintahan China di Hong Kong sejak ia diserahkan oleh Britain pada 1997.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memburuk-kan lagi kebimbangan bahawa Beijing mungkin sedang bersiap sedia untuk melancarkan campur tangan ke-tenteraan bagi menamatkan pergolakan, apabila beliau berkata kelmarin bahawa badan perisikannya telah mengesahkan pergerakan tentera China ke sempadan Hong Kong.

Pergerakan kuasa rakyat, yang menyaksikan jutaan penduduk memenuhi jalan-jalan di Hong Kong, dicetuskan oleh tentangan kepada rancangan untuk memperkenalkan undang-undang yang akan mem- benarkan ekstradisi ke tanah besar China.

Ia berubah dengan cepat menjadi kempen yang jauh lebih umum bagi kebebasan demokratik, dan untuk mengekang pengaruh peme-rintah kuku besi di China yang semakin berkembang di bandar raya separa auto-nomi itu.

Pada Isnin lepas dan kelmarin, ribuan penunjuk pe-rasaan yang memakai kemeja hitam berhimpun di lapangan terbang Hong Kong, yang memaksa ratusan penerba-ngan dibatalkan.

Selepas pada mulanya ha-nya menyuarakan tuntutan mereka dengan demonstrasi yang aman, penunjuk perasa-an menggunakan taktik yang lebih agresif kelmarin dan membuat perintang dengan menggunakan troli bagasi untuk menyekat penumpang di balai perlepasan.

Lewat kelmarin malam, protes bertukar menjadi siri konfrontasi yang ganas dengan polis, dan penunjuk perasaan bergelut dengan penumpang yang mahu menaiki penerbangan.

Dalam satu senario yang khususnya ganas, sekumpulan penunjuk perasaan bersemuka dengan seorang anggota polis dan membelasahnya. Mereka menghentikan serangan apabila anggota polis terbabit mengeluarkan pistol dan mengacukannya ke arah mereka, tetapi tidak melepaskan tembakan.

Penunjuk perasaan turut menyerang dua lelaki, didorong oleh syak-wasangka di kalangan mereka tentang pengintip atau anggota polis yang menyamar.

Lelaki pertama ditahan kira-kira selama dua jam dan dipukul sebelum pada akhirnya dibawa oleh sebuah ambulans.

Polis rusuhan mengguna-kan seketika penyembur lada dan belantan untuk meng-undurkan penunjuk perasaan sementara mereka mengiringi kenderaan tersebut dari balai perlepasan.

Seorang lagi lelaki, yang memakai ves kuning wartawan, dikepung, diikat tangan dan kemudian dibelasah oleh sekumpulan kecil yang me-nuduhnya mengintip.

Dalam satu tweet, Hu Xijun, pengarang tabloid yang dikawal oleh kerajaan di China, Global Times – yang mengecam sekeras-kerasnya protes tersebut – berkata lelaki itu bekerja untuk mereka.

Menjelang awal semalam, kebanyakan penunjuk pe-rasaan sudah pulang dan banyak penerbangan berope-rasi mengikut jadual pada sebelah pagi.

Bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada penunjuk perasaan, yang tidak ada pemimpin awam dan membuat perancangan menerusi media sosial, akan kembali ke lapangan terbang ataupun tidak.

“Lapangan terbang itu me-rupakan cip terakhir kami untuk tawar-menawar,” kata salah seorang penunjuk pe-rasaan yang masih berada di lapangan terbang pada pagi semalam kepada AFP.

Michael, seorang pelancong berusia 25 tahun dari Dubai, pergi ke lapangan terbang semalam lebih 12 jam lebih awal daripada penerbangan pulang untuk mengelak protes yang berpotensi berlaku kemudian.

“Saya dapat rasakan mereka benar-benar berjuang untuk kebebasan saya, jadi hati saya bersimpati dengan mereka dalam satu segi,” katanya mengenai penunjuk perasaan terbabit.

Namun menurutnya mereka sekarang menyasari orang salah.

“Penumpang tidak ada kaitan dengan apa yang sedang berlaku, kebanyakan mereka adalah pelancong,” katanya kepada AFP.

Pada pagi kelmarin, pe-mimpin bandar raya ber-kenaan Carrie Lam memberikan sidang media yang kadang-kadang emosional di mana beliau memberi amaran tentang akibat berbahaya jika keganasan yang semakin meruncing tidak dibendung dan berkata hab itu sedang “ditolak ke dalam jurang yang amat dalam”.

Namun beliau sekali lagi enggan membuat sebarang kompromi dengan penunjuk perasaan.

Kerajaan China berulang kali membayangkan penunjuk perasaan sudah mencapai batas kerangka kerja “satu negara, dua sistem” sah yang memberi kuasa autonomi kepada Hong Kong. — AFP

Advertisement