Anda di sini

Rumah terbakar, dua beradik cedera terjun selamatkan diri

Advertisement
 Anggota bomba memadam sisa bara api daripada merebak.
MUSNAH: Anggota bomba memadam sisa bara api daripada merebak.

SANDAKAN: Dua beradik mengalami kecederaan ketika terjun menyelamatkan diri dari rumah mereka yang sedang terbakar di Batu 2 1/2 Jalan Utara, tengah hari Selasa.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Penguasa Bomba Anddre Andrew berkata mangsa dikenali sebagai Marina Zulfiqar, 24, dan adik lelakinya, Risqi Zulfiqar, 8, mengalami kecederaan bahagian kaki dan tangan.

"Dalam kejadian jam 12.33 tengahari, Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sabah melalui MERS 999 menerima panggilan kecemasan kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman di Batu 2 1/2 Jalan Utara," katanya.

Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba Sandakan diketuai oleh PKPgB Jimmy Lagung bersama 13 anggota menggunakan dua jentera bomba, sebuah lori tanker dan sebuah kenderaan utiliti bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 2 kilometer dari balai bomba.

Sejurus tiba di lokasi kejadian, katanya, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman separuh kekal berkeluasan 40x100 kaki persegi yang terbakar 100 peratus,” katanya.

Anddre berkata kebakaran dapat dikawal pada jam 12.48 tengah hari dan operasi tamat sepenuhnya jam 2.32 petang.

“Terdapat dua mangsa mengalami kecederaan akibat terjun dari tingkat dua untuk menyelamatkan diri dari kebakaran itu,” katanya.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Duchess of Kent oleh orang awam untuk menerima rawatan.

  • oleh
  • Advertisement