Anda di sini

Lelaki didakwa curi beg pelancong wanita

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mencuri beg tangan milik seorang pelancong wanita warga asing.

Jamrin Jamli Mad Salleh, 25, yang tidak diwakili peguam bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Tertuduh didakwa mencuri beg milik mangsa yang mengandungi empat kad kredit, wang tunai RMB1,000, S$300 dan RM152.

Kesalahan dilakukan pada 5 Ogos jam 5.50 petang di pantai Tanjung Aru di sini.

Sabit salah mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, penjara selama tempoh tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Sementara menunggu kes selesai, mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Dalam pada itu, Stephanie menetapkan pengurusan kes pada 30 Ogos ke atas Jamrin.

Pegawai Pendakwa Insp Suzie @Stephanie Kupit melakukan pendakwaan terbabit.

  • oleh
  • Advertisement