Anda di sini

Lelaki bersenjata dilaporkan berkeliaran di tengah Sydney

 Seorang wanita yang dipercayai ditikam dari belakang diusung ke dalam ambulans ketika polis menyiasat tempat kejadian di Sydney, semalam. — Gambar Reuters
CEDERA: Seorang wanita yang dipercayai ditikam dari belakang diusung ke dalam ambulans ketika polis menyiasat tempat kejadian di Sydney, semalam. — Gambar Reuters

SYDNEY/MELBOURNE: Pihak polis Australia sedang menyiasat beberapa laporan yang belum disahkan mengenai seorang lelaki bersenjata di pusat bandar Sydney,  menurut seorang jurucakap polis semalam.

Pihak polis menggesa orang awam agar mengelakkan kawasan di sekitar King and Clarence Streets, daerah pusat perniagaan di bandar paling besar di Australia, di mana mereka sedang melakukan satu operasi.

Pihak polis tidak memberikan maklumat lanjut namun Seven News menyatakan seorang lelaki ditahan kerana memiliki sebilah pisau sebagai senjata dan berkeliaran di sekitar pusat bandar Sydney. — Reuters