Anda di sini

Lebih 400 sertai edisi pertama karate Piala Shureido

Advertisement
JULIAN CHIN
JULIAN CHIN

KOTA KINABALU: Lebih 400 karatekas dari dalam dan luar negeri dijangka akan berkampung di sini untuk edisi pertama  Kejohanan Karate Piala Shureido 2019.

Kejohanan anjuran Persatuan Karate Sabah (SKA) itu akan berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK) penghujung minggu ini.

Setiausaha Agung SKA, Julian Chin (gambar) berkata, setakat kelmarin, sebanyak 444 penyertaan diterima daripada 32 pasukan tempatan Malaysia dan luar negara termasuk Brunei, Filipina, Chinese taipei dan Indonesia.

Chinese Taipei mendahului senarai penyertaan luar teramai dengan 32 peserta.

Filipina yang diwakilli pasukan AUK dengan lima penyertaan dan SKO (lapan), Indonesia (sembilan) dan Brunei (tiga).

Penyertaan lain adalah dari pasukan Sabah (47), Labuan (17), SKA Tamparuli (5), SKA Beluran (1), Manggatal (6), SKA Penampang (28), Dahai Club (26), SKA Kemabong (1), SKA Tawau (4), SKA KK (10), Inspire Club Papar (19), Tacfit Tawau (5), Persatuan Karate Hayashi (HA) Negeri Sembilan (6), HA Selangor (14), SKA Papar (12), SKA Tenghilan (2), SKA Tambunan (15), Shotokan (9), SKA Telupid (37), SKA Sandakan (20), Main Dojo (23), Shitoryu (14), SKA Kota Belud (14), 3KKSK Keningau (13), SKA Keningau (5), SKA Tuaran (7), SKA Kinabatangan (19) dan pasukan kebangsaan Malaysia (8).

Kejohanan itu mempertandingkan kategori bawah 12 tahun, bawah 14 tahun, junior, kadet dan bawah 21 tahun.

Peserta termasuk pegawai kejohanan dijadualkan mula tiba kelmarin manakala pendaftaran dan timbang berat badan akan diadakan hari ini dan esok.

Pertandingan dijadualkan bermula pada Jumaat hingga Ahad.

  • oleh
  • Advertisement