Anda di sini

Cadangan pembangunan Wallace Bay diberi perhatian

Advertisement
 Jaujan (enam kanan) menerima cendera kenangan daripada Abramshah selepas kunjungan hormat berkenaan.
TERIMA KASIH: Jaujan (enam kanan) menerima cendera kenangan daripada Abramshah selepas kunjungan hormat berkenaan.

KOTA KINABALU: Cadangan pembangunan tanah terbiar di Kampung Wallace Bay Pulau Sebatik akan diambil perhatian oleh kerajaan Sabah untuk kesejahteraan penduduk setempat.

Pengerusi Persatuan Penduduk Wallace Bay (PPWB) Abramshah Arip berkata, cadangan itu sudah disampaikan kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong.

"Beliau (Jaujan) menyokong cadangan ini dan berpesan agar ia dilakukan secara terbaik... beliau akan membantu kita membawakan perkara ini ke pengetahuan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Pada masa kini, tanah di kawasan itu terbiar dan kami berkeinginan untuk memajukan lokasi terbabit untuk keselesaan penduduk kampung," katanya ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Jaujan di pejabatnya, di sini semalam.

Beliau berkata, seramai 3,000 penduduk di kawasan itu berharap cadangan berkenaan dapat direalisasikan untuk pembangunan pelbagai sektor seperti modal insan, perniagaan, industri pengeluaran keropok dan banyak lagi.

Katanya, usaha sedemikian sekiranya berjaya nanti sudah pasti akan melakar satu pembaharuan di kawasan berkenaan.

"Kami juga berharap pembangunan di Wallace Bay dapat dicapai agar penduduk kampung nanti mampu mengeksport produk berasaskan makan ke Bandar Tawau.

"Keadaan ini sekali gus mampu meningkatkan sumber ekonomi penduduk di sekitarnya," katanya.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi PPWB Kusin Ping Ai.

  • oleh
  • Advertisement