Anda di sini

Bomba tangkap buaya di Serian 

Buaya yang ditangkap ditutup matanya menggunakan guni dan diikat demi keselamatan anggota penyelamat. - Gambar ihsan Bomba 

KUCHING: Seekor buaya yang dianggarkan seberat 250 kilogram dengan panjang kira-kira tiga meter berjaya ditangkap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak di Batu 35, Jalan Berjaya di Serian, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak, sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Serian dikerahkan ke lokasi susulan menerima panggilan daripada orang awam sekitar pukul 8.38 pagi.

"Setibanya di tempat kejadian, didapati seekor buaya terkena pancing dengan saiz lebih kurang tiga meter panjang dan berat lebih kurang 250 kilogram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Reptilia dianggarkan seberat 250kg berjaya ditarik ke darat oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa
Reptilia dianggarkan seberat 250kg berjaya ditarik ke darat oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa - Gambar ihsan Bomba 

Reptilia berkenaan kemudian berjaya ditarik ke darat dengan menutup mata menggunakan guni dan diikat pada kaki serta ekor demi keselamatan anggota penyelamat.

Buaya berkenaan diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak untuk tindakan lanjut.