Anda di sini

Angka kematian akibat Lekima di China cecah 49

Advertisement
 Anggota penyelamat menjalankan tugas susulan kemaraan Lekima di Linan, wilayah timur Zhejiang kelmarin. — Gambar AFP
MUSNAH: Anggota penyelamat menjalankan tugas susulan kemaraan Lekima di Linan, wilayah timur Zhejiang kelmarin. — Gambar AFP

BEIJING: Angka kematian akibat kemaraan Taufan Lekima meningkat kepada 49 orang semalam dan 21 orang lagi masih hilang  selepas ribut gergasi itu mencetuskan kekecohan di pantai timur China, menyebabkan kerosakan besar dengan angin kencang dan hujan lebat.

Lekima melanda tiga wilayah China di Zhejiang, Shandong dan Anhui pada hujung minggu lepas dan memaksa lebih sejuta penduduk untuk meninggalkan kawasan tersebut.

Agensi berita rasmi China Xinhua menyatakan pada lewat kelmarin bahawa sekurang-kurangnya 49 orang telah meninggal dunia dengan beberapa orang lagi masih hilang.

Rakaman pada pihak penyiaran negara CCTV menunjukkan padang dan jalan raya yang ditenggelami air, kenderaan yang tenggelam, sampah-sarap berselerakan merata-rata dan pokok yang tumbang akibat angin kuat dan hujan lemabda bandar-bandar di sepanjang tepi pantai.

Lekima melanda di wilayah Zhejiang pada Sabtu lepas, yang mengalami kesan kerosakan selepas ribut melanda dengan angin sekuat hampir 190 kilometer sejam serta membadai pantai dengan ombak setinggi beberapa meter.

Xinhua menyatakan penurunan hujan yang direkodkan pada hujung minggu ini di wilayah Shandong adalah yang terbesar sejak rekod bermula pada 1952.

Bencana alam telah menyebabkan kerugian ekonomi sdebanyak sekurang-kurangnya 26 bilion yuan, menurut pihak berkuasa.

Anggota penyelamat telah ditunjukkan di dalam CCTV menggunakan bot dan takal tali untuk mengeluarkan penduduk yang terkandas pada hujung minggu.

Ribuan penerbangan telah dibatalkan dan laluan kereta api terganggu disebabkan oleh taufan tersebut, lapor pihak penyiaran negara, ketika Beijing, Shanghai dan bandar-bandar utama lain telah menangguhkan perkhidmayan kapal terbang.

Beratus-ratus kawasan pelancongan di sepanjang pantai, termasuk Shanghai Disneyland, telah ditutup sebelum kemunculan ribut. — AFP

Advertisement