Anda di sini

Alat elektrik hangus dipercayai akibat penggunaan berlebihan

Advertisement
 Kebakaran akibat perkakasan elektrik berjaya dipadamkan penghuni rumah sendiri.
MENCEMASKAN: Kebakaran akibat perkakasan elektrik berjaya dipadamkan penghuni rumah sendiri.

SIBU: Sebuah keluarga cemas di sini apabila peralatan elektrik terbakar dipercayai akibat penggunaan elektrik secara berlebihan di Kampung Datu Baru dekat sini kelmarin.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat dari BBP Sungai Merah berkejar ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11 pagi.

Setiba di lokasi, satu kebakaran melibatkan perkakasan elektrik di ruang tamu telah dilaporkan yang menyebabkan dinding dan perabot sedikit hangus.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, tiada kerja pemadaman dilakukan pihaknya selepas kebakaran berjaya dipadamkan penghuni rumah menggunakan saluran air paip dalam rumah tersebut.

“Pasukan bomba hanya melakukan kerja-kerja penilaian bagi memastikan kebakaran tersebut padam sepenuhnya,” katanya semalam.

Setelah mendapati keadaan selamat dan terkawal pihak bomba bertolak balik ke balai.

Advertisement