Anda di sini

30 sertai sesi pencarian bakat muaythai di Bintulu

Advertisement
 Peserta program bergambar kenangan bersama jurulatih selepas program berakhir.
UNTUK ALBUM: Peserta program bergambar kenangan bersama jurulatih selepas program berakhir.

KUCHING: Persatuan Muaythai Bahagian Bintulu telah menganjurkan Program Pengenalan Dan Pencarian Bakat Sukan Muaythai Bahagian Bintulu 2019 bertempat di Hardcore Fitness, Bintulu Sentral kelmarin.

Program anjuran bersama Kelab PS Muaythai Bintulu dan Hardcore Fitness Gym itu mendapat sambutan menggalakkan dengan seramai 30 peserta lelaki dan wanita mengambil bahagian.

Ia bertujuan mencungkil bakat baharu selain memberi pendedahan tentang sukan muaythai dengan menyasarkan pelajar yang berumur 20 tahun ke bawah.

Atlit podium kebangsaan yang juga pemenang pingat emas SUKMA 2018, Awangku Abdul Rahman Awang Marajaya mengendalikan program itu bersama Jurulatih Pusat Pembangunan Bintulu, Farid Dahalan.

Menurut Presiden Muaythai Bintulu, Hardi Sapiei program seumpama akan diteruskan untuk masa-masa akan datang bagi memberi peluang kepada atlit baru yang berpotensi diketengahkan dalam kejohanan yang sedia ada dan seterusnya menempa nama di dalam sukan muaythai.

Beliau juga berharap ramai lagi penyertaan pada program seterusnya nanti.

Advertisement