Anda di sini

18 jurulatih renang sertai klinik

Advertisement
 Chris (tengah di depan) bersama peserta Kilinik Kejurulatihan di Kompleks Sukan Penampang.
PESERTA: Chris (tengah di depan) bersama peserta Kilinik Kejurulatihan di Kompleks Sukan Penampang.

KOTA KINABALU: Seramai 18 jurulatih negeri ini menyertai Klinik Kejurulatihan anjuran Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Persatuan Sukan Akuatik Sabah (SASA), di Kompleks Sukan Penampang, 11 Ogos lalu.

Klinik sehari itu dikendalikan ketua jurulatih renang kebangsaan; Chris Martin.

Chris yang baharu dilantik sebagai jurulatih kebangsaan pada April lalu mempunyai 30 tahun pengalaman jurulatih di Amerika Syarikat, Scotland, England dan China.

"Ianya pengalaman yang sangat berfaedah dapat menimba ilmu dengan beliau (Chris). Sebab itu kami sangat gembira dengan kehadiran Chris berkongsikan ilmunya dengan jurulatih tempatan kita.

"Chris juga menunjukkan minat mendalam dengan pembangunan perenang di peringkat akar umbi yang beliau percaya bakal melahirkan perenang berpotensi," kata Setiausaha SASA; Cynthia Chin.

Cynthia berkata, program itu juga disokong Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah.

"Kami berterima kasih kepada MSN Sabah kerana sokongan diberikan kepada SASA untuk membolehkan klinik ini direalisasikan serta kerjasama oleh anggota gabungan persatuan serta perenang dan atlet terjun," kata Cynthia.

  • oleh
  • Advertisement