Anda di sini

Tarikh perbicaraan kes saman fitnah Uggah-Vernon ditukar

Advertisement
 

KUCHING: Perbicaraan kes saman fitnah Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas terhadap bekas Ketua Penerangan PKR Sarawak Vernon Kedit yang sepatutnya bersambung di Mahkamah Tinggi Kuching hari ini ditukar ke tarikh lain sehingga disebut semula. 

Hakim Ravinthran N. Paramaguru terdahulu pada 13 Jun menetapkan hari ini sebagai tarikh untuk penggulungan hujah.

Namun, mahkamah menangguhkan kes terbabit hari ini tanpa memberikan sebarang sebab.

Uggah memfailkan saman fitnah terhadap Vernon berhubung penyataannya tahun lepas dalam kumpulan WhatsApp PKR State Media kerana memanggilnya 'penipu' dan 'pengkhianat'.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Saban itu memfailkan kes saman fitnah pada 8 Ogos 2018.
 

  • oleh
  • Advertisement